satusabah

300 individu dikenakan tindakan miliki cakera parabola secara haram

KOTA KINABALU: Seramai 300 individu di Sabah dikenakan tindakan kerana memiliki set cakera parabola secara haram sepanjang tempoh akhir Dis...


KOTA KINABALU: Seramai 300 individu di Sabah dikenakan tindakan kerana memiliki set cakera parabola secara haram sepanjang tempoh akhir Disember lepas dan pertengahan Jun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia cawangan Sabah, Hamzah Sundang, berkata pihaknya turut merampas set cakera parabola yang dianggar bernilai RM800,000 sepanjang tempoh itu.

“Cakera parabola adalah barangan larangan mengikut Jadual Kedua, Butiran 23 dan 24, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 dan memerlukan permit import daripada Sirim Berhad,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kempen Derma Darah anjuran bersama JKDM dan Sabah Port Sdn Bhd di Sepanggar, dekat sini kelmarin.

Hamzah berkata memiliki antena parabola tanpa lesen merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai duti kastam atau penjara tidak lebih tiga tahun bagi sabitan kesalahan memiliki barangan larangan.

“Parabola hanya boleh dimiliki jika pemiliknya mempunyai lesen dan sijil pengesahan dari pihak yang berkuasa, antaranya adalah SIRIM,” katanya ketika mengadakan lawatan di Kempen Derma Darah anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Sabah) dan Sabah Port Sdn. Bhd. di Sabah Port, di sini, kelmarin.

Beliau turut berpendapat bahawa kekurangan kemasukan siaran satelit berbayar di Keningau merupakan salah satu punca terdapat banyaknya penduduk di kawasan itu yang mempunyai parabola secara haram.

Sementara itu, Kempen Derma Darah yang berlangsung selama sehari itu merupakan aktiviti yang julung kali dianjurkan oleh Kastam dan Sabah Port dan bertujuan membantu menambah simpanan tabung darah Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Kempen derma darah ini turut disertai oleh pegawai dan kakitangan Kastam dan Sabah Port Sdn Bhd.
Loading...

Related

sirim 9033429624459930245

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item