satusabah

Badminton bukan lagi sandaran pingat Olimpik

DENGAN berbaki 27 hari saja lagi menjelang pembukaan Sukan Olimpik London, bebanan merangkul pingat bukan lagi tertumpu kepada sukan badmin...


DENGAN berbaki 27 hari saja lagi menjelang pembukaan Sukan Olimpik London, bebanan merangkul pingat bukan lagi tertumpu kepada sukan badminton yang sebelum ini penyumbang utama pingat negara sejak penyertaan pada 1956.

Jika sebelum ini semua pingat Olimpik negara diperoleh daripada pemain badminton, ketua kontinjen negara ke Olimpik, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, peluang kini lebih luas dengan beberapa sukan seperti lumba basikal, terjun dan memanah dirasakan mampu melakukan sesuatu.
“Saya mendapat laporan penerjun kita seperti Pandelela (Rinong) dan Leong Mun Yee memiliki ranking dunia tinggi dan sudah tentu kita meletakkan harapan.
“Dalam memanah juga, apabila saya jumpa mereka, ada antara mereka yang pernah menewaskan juara dunia dan ini semua bagi harapan pada kita,” katanya selepas melihat latihan persiapan skuad badminton ke Olimpik.

Mengenai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan di London nanti, Ahmad Sarji berkata ratu terjun negara Pandalela yang menjadi sandaran pingat negara nanti diberi kepercayaan menjadi wanita pertama negara dalam temasya terbesar itu.

“Pada mulanya pilihan pertama kita adalah Lee Chong Wei tetapi memandangkan pemain badminton itu dijadualkan bermain pada keesokan harinya (28 Julai), jadi kita memutuskan memberi kepada Pandelela,” katanya.

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang itu nanti akan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jabatan Perdana Menteri pada 11 Julai ini.
Loading...

Related

utama 5186954882336006961

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item