satusabah

Danny F. Malinggi | ARTIS SABAH TAK WAJAR DIANAK TIRI

Hari ini semasa saya membaca Berita Harian di dalam ruangan Sabah & Sarawak, tiba-tiba saya terserempak dengan tajuk ini “Artis Sabah t...


Hari ini semasa saya membaca Berita Harian di dalam ruangan Sabah & Sarawak, tiba-tiba saya terserempak dengan tajuk ini “Artis Sabah tak wajar dianak tiri”. Setelah membacanya, sebagai seorang artis tempatan Sabah, saya rasa terharu dengan keperihatinan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun terhadap nasib artis-artis tempatan di negeri Sabah ini. Semua yang diperkatakan oleh Datuk sememangnya mencerminkan realiti yang dihadapi oleh artis-artis tempatan Sabah. Selama ini saya hanya mampu mengeluh dan mengadu kepada rakan-rakan artis dan teman-teman tanpa mengetahui bagaimana mahu menyuarakan isu ini yang sudah sekian lama membelengu artis-artis Sabah yang rata-rata mendapat layanan “double standard” atau dianak tirikan oleh penganjur-penganjur persembahan di Negeri Sabah ini. Saya benar-benar berharap selepas ini tindakan akan dibuat untuk menaikkan standard bayaran artis-artis tempatan Sabah yang tiada cap “AF” akan turut mendapat bayaran yang sama seperti mereka yang memiliki cap “AF”. Kami juga mempunyai bakat yang setaraf dengan mereka cuma tiada rezeki untuk memiliki cap “AF”. Saya juga mengharapkan selepas ini dengan keperihatinan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar terhadap nasib artis-artis tempatan Sabah, semua pihak-pihak penganjur persembahan akan mengambil tindakan susulan yang positif ke arah memperjuangkan nasib dan memartabatkan karya artis-artis tempatan Sabah yang secara tidak langsung akan memajukan industri seni dan hiburan di negeri Sabah.

Sumber |http://dannyfmalinggi.blogspot.com/

Related

Hiburan 646098462581658240

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item