satusabah

Euro 2012: Klose tangguh persaraan untuk tebus kecewa

WARSAW: Penyerang veteran, Miroslav Klose menangguhkan persaraannya dua tahun lagi untuk beraksi pada Piala Dunia 2016 di Brazil bagi meneb...


WARSAW: Penyerang veteran, Miroslav Klose menangguhkan persaraannya dua tahun lagi untuk beraksi pada Piala Dunia 2016 di Brazil bagi menebus detik kecewa pasukannya disingkirkan Itali pada separuh akhir, awal pagi semalam.

Kekalahan 2-1 Jerman kepada Itali di Warsaw menyebabkan skuad Joachim Loew mengalami kejutan, lebih-lebih lagi selepas Mario Balotelli menjaringkan dua gol pada babak pertama.

“Kami amat kecewa dengan kekalahan itu. Dalam usia saya sekarang, tiada lagi Kejohanan Eropah dan Piala Dunia yang boleh saya sertai pada masa depan.

“Oleh itu saya menangguhkan persaraan saya untuk menebus kekecewaan ini dengan bermain untuk Piala Dunia 2014 di Brazil,” katanya mengakui jaringan penalti Mesut Ozil pada minit ke-92 sudah terlewat buat Jerman untuk memintas Itali.

Klose, 34, yang menjaringkan 64 gol dalam 121 penampilan untuk negaranya, berkata bilik persalinan Jerman menjadi tempat yang tidak menggembirakan selepas wisel penamat.

“Suasana begitu menyedihkan. Beberapa pemain menangis dan anda cuma boleh beritahu mereka supaya terus tabah,” kata Klose yang cuma kurang empat gol berbanding Gerd Mueller yang memegang rekod selaku penjaring terbanyak Jerman. - AFP
Loading...

Related

sukan 140455150915170257

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item