satusabah

Nera AF9 utamakan pelajaran

Bintang Akademi Fantasia (AF) musim yang ke-9, Nera mengakui meskipun kesibukannya sejak bergelar artis ini tetapi pelajaran tidak pernah di...

Bintang Akademi Fantasia (AF) musim yang ke-9, Nera mengakui meskipun kesibukannya sejak bergelar artis ini tetapi pelajaran tidak pernah dilupakan. Bercakap kepada wartawan Majalah Hiburan Online Pertama Sabah sewaktu ditemui di Sandakan baru-baru ini, Nera yang berasal dari Penampang itu memberitahu bahawa dia tetap mengutamakan pelajaran kerana ia penting demi masa hadapan.

"Meskipun Nera sentiasa sibuk dengan jadual padat daripada pihak ASTRO, tetapi tidak menghalang saya untuk meneruskan pelajaran," kata finalis pertandingan ratu cantik ini. Nera, 20, yang ketika ini sedang meletup-letup dengan lagu 'Hatimu Milikku' berkata dia juga sering berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Menurutnya, bukan saja disebabkan keluarganya di Kota Kinabalu tetapi banyak juga yang perlu diselesaikan termasuk dari segi komitmen menyanyi selain pembelajaran perlu diutamakan.
Loading...

Related

utama 6085778494487020190

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item