satusabah

Pas cabar buat kenyataan undi UMNO dapat pahala

KOTA BHARU 29 Jun - Pas mencabar UMNO membuat kenyataan mengundi parti itu atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan dikira se...


KOTA BHARU 29 Jun - Pas mencabar UMNO membuat kenyataan mengundi parti itu atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan mendapat pahala sama seperti yang dinyatakan Pas kepada penyokongnya.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jika UMNO percaya perjuangannya selari dengan apa yang dikehendaki Islam, maka tidak ada salahnya untuk parti itu membuat dakwaan seperti Pas.

Katanya, ini kerana segala amalan yang dilakukan manusia di dunia ini berkait dengan soal dosa dan pahala.

Menurut beliau, tohmahan terhadap kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyebut 'undi Pas dapat pahala' sebagai ajaran songsang adalah kerana UMNO kurang dalam ilmu agama.

"Kami tidak akan marah jika UMNO juga mahu mengatakan mengundi parti itu akan dapat pahala, jika yakin perjuangan mereka berlandaskan Islam, maka beritahulah begitu kepada rakyat.

Related

umno 359716087000952396

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item