satusabah

RAJA AZMI FAILKAN PERCERAIAN

Menerusi laporan akhbar Harian Metro, Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik...


Menerusi laporan akhbar Harian Metro, Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama. Malah, mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.
Keputusan tersebut dibuat selepas peserta MasterChef Selebriti Malaysia ini kerana tidak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suaminya sebagai lelaki dayus.

Kontroversi juga tidak putus-putus melanda rumah tangga mereka hingga hubungan kami suami isteri yang terjalin tidak lagi seperti dulu.

Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua tetapi turut membabitkan keluarga.

Antara kontroversi tersebut ialah tuduhan bahawa Raja Azmi mempunyai skandal dengan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim sedangkan menurut produser itu, ia adalah tidak benar sama sekali.

Sejak kontroversi itu tersebar terutama di internet, Jalani dilabel sebagai lelaki dayus dan takut isteri.

"Tuduhan itu sangat keterlaluan dan saya tak sanggup membiarkan orang terus mencemuh Jalani. Selama ini ramai saudara-mara dan sahabat karib tahu Roslin sudah macam ahli keluarga kami," jelas Raja Azmi.

Raja Azmi turut berkata semua tuduhan itu menimbulkan tekanan yang sangat berat buat dirinya dan Jalani.

Keadaan bertambah rumit apabila awal tahun ini, tersebar pula berita bahawa Jalani dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain dan berikutan kontroversi itu, ikatan suami isteri antara mereka mula masuk ke tahap dingin.

"Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh. Jalani suami yang sangat penyayang dan ayah yang baik. Jadi saya tak rela lagi melihat reputasi Jalani terjejas dengan kemelut kontroversi yang melanda," tambah penerbit filem ... Dalam Botol itu lagi.

Raja Azmi dan Jalani bernikah di Taiping, Perak pada 23 Disember 1984. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.
Loading...

Related

sukan 8322239672115443434

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item