satusabah

Sabah rancang buka perkampungan PKS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sa- bah merancang untuk membuka sebuah pusat setempat bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memper...


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sa- bah merancang untuk membuka sebuah pusat setempat bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memperkenal, memasarkan dan menjual produk mereka.

Menteri Pembangunan Perusahaan Negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata pusat itu, yang akan dikenali sebagai Perkampungan PKS, akan dibangunkan dalam hab makanan negeri di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dekat sini.

“Buat masa ini, kita akan memberikan tumpuan kepada PKS dalam pengeluaran makanan kerana ada agak banyak PKS dalam bidang perniagaan ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival PKS/Satu Daerah Satu Industri di sini kelmarin.

Tan berharap rancangan itu juga merangkumi pusat bagi pameran sepanjang tahun dan menghimpunkan agensi-agensi berkaitan untuk membantu dalam menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan yang baru bermula.

Kata beliau, perkampungan itu boleh menjadi tarikan pelancong seperti yang diamalkan di negara-negara lain.

“Kita harap perkampungan ini boleh membantu industri PKS berkembang dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat, khususnya di kawasan-kawasan luar bandar,” katanya.
Loading...

Related

pks 6317468208129560195

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item