satusabah

Wan Zack Haikal tak sabar benam Vietnam

SELEPAS hanya menyaksikan tiga perlawanan awal Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di tempat duduk penonton, akhirnya tiba giliran pemain sayap ...


SELEPAS hanya menyaksikan tiga perlawanan awal Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di tempat duduk penonton, akhirnya tiba giliran pemain sayap skuad B-22 negara, Wan Zack Haikal Wan Nor memperagakan kelincahannya.

Wan Zack, 21, dapat diturunkan Ong Kim Swee selepas tamat penggantungan, namun faktor tahap kecergasan mungkin boleh mengganggu persembahannya pada perlawanan menentang Vietnam, petang ini.
“Dari segi persediaan, memang ia tidak begitu baik kerana saya sudah lama tidak beraksi perlawanan kompetitif selepas mengalami kecederaan dan juga penggantungan perlawanan.
Dari segi persediaan, memang ia tidak begitu baik kerana saya sudah lama tidak beraksi perlawanan kompetitif selepas mengalami kecederaan dan juga penggantungan perlawanan. - Wan Zack Haikal Wan Nor, Pemain sayap skuad B-22
“Tapi jika diturunkan esok (hari ini), saya tetap akan buat yang terbaik. Saya sedar semua mengharapkan sesuatu daripada saya kerana hanya saya pemain yang masih segar selepas tiga perlawanan.

“Cuma saya bimbang peristiwa ketika bertemu Bahrain dan Syria (aksi Kelayakan Olimpik November lalu) berulang,” kata Wan Zack selepas latihan petang semalam.

Ketika dua aksi terbabit, Wan Zack yang diharap mampu menyinar kerana tidak keletihan berbanding pemain lain.

Berita pengesahan dirinya dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu (12 hingga 28 Julai) yang diterima Rabu lalu, pastinya menyemarakkan semangat Wan Zack.

Related

sukan 507123465831389705

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item