satusabah

165 PATI diberkas dalam Ops Tanduk

Gambar Hiasan 6th July, 2012 TAWAU: Seramai 165 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya diberkas dalam Ops Tanduk yang dijalankan ole...

Gambar Hiasan
6th July, 2012

TAWAU: Seramai 165 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya diberkas dalam Ops Tanduk yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) di Semporna dan Tawau, pada Selasa dan Rabu lalu.

Ketua Seksyen Operasi PPKP Sabah dan Labuan, ACP Abdul Aziz Alwee berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 104 warga Filipina dan 61 warga Indonesia yang berusia di antara 17 dan 80 tahun.

Kesemua PATI terbabit katanya kini ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63, sebelum tindakan sewajarnya diambil termasuk diusir pulang ke negara masing-masing.

Dalam operasi itu juga katanya, seramai 12 kanak-kanak jalanan di bawah usia 16 tahun turut diselamatkan.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di PTS Tawau, kelmarin.

Abd Aziz berkata, PPKP akan terus melakukan operasi bagi mengesan dan mengusir PATI di negeri ini dan Labuan dari semasa ke semasa.

Tumpuan operasi katanya adalah di merata tempat seperti di kawasan-kawasan setinggan, kawasan pembinaan, pasar sayur dan ikan, stesen-stesen bas dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam supaya turut tampil bekerjasama iaitu dengan memberi maklumat kepada pihaknya menerusi talian 088-484100 mengenai keberadaan PATI di negeri ini.

Maklumat berkaitan ujarnya turut boleh disalurkan kepada mana-mana pihak berkuasa lain seperti pihak polis dan Jabatan Imigresen.

Abd Aziz memberitahu, operasi baru-baru ini disertai oleh 55 anggota penguatkuasa dari beberapa agensi iaitu PPKP, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak polis.

Sumber | http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/60247
Loading...

Related

tawau 6709810508720070853

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item