satusabah

AUSTRALIAN MEMORIAL

Semasa Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun sebagai pusat khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk men...


Semasa Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun sebagai pusat khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk menahan orang-orang tahanannya. 

Satu daripada khemah ini terletak di belakang Taman Rimba, Batu 8, Jalan Labuk. Kebanyakan orang-orang tahanannya adalah terdiri daripada orang Australia. 

Tinggalan bangunan dan peralatan-peralatan yang lama masih boleh dijumpai di kawasan ini. Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta kawan-kawan orang-orang tahanan Australia, tempat ini telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingatkan jasa-jasa mereka semasa penjajahan Jepun.

Dalam angkaran yang dibuat terdapat 2,000 orang tahanan Australia dan 750 orang British telah d itahan di Daerah Sandakan. Pada tahun 1944, bulan September jumlah tahanan yang tinggal ialah 1,800 orang Australia dan 600 orang British. 

Mereka tidak diberi makanan, dan ramai yang jatuh sakit. Dalam bulan September ini juga, walaupun sakit mereka di paksa berjalan kaki melalui hutan-rimba sehingga ke Ranau. 

Selama setahun perjalanan menuju ke Ranau, jumlah orang tahanan yang sebanyak 2,400 telah tinggal menjadi 6 orang saja. Perjalanan menuju ke Ranau ini dikenali sebagai ‘Death March’.
Loading...

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item