satusabah

Dr Muslim: Ramai rakyat M'sia kurang tahu kewujudan Tribunal Timbang Tara

8th July, 2012 KOTA KINABALU: Keban- yakan rakyat Malaysia masih kurang pengetahuan mengenai kewujudan Tribunal Tim- bangtara yang boleh m...

8th July, 2012

KOTA KINABALU: Keban- yakan rakyat Malaysia masih kurang pengetahuan mengenai kewujudan Tribunal Tim- bangtara yang boleh menyelesaikan permasalahan di luar mahkamah, kata Presiden Establishmen Tribunal Timbang Tara Malaysia (MATE), Dr Muslim Yacob.

Katanya, apa jua bentuk pertikaian sivil atau Torts selain dari kes jenayah boleh dirujuk kepada Tribunal Timbang Tara ini tidak kira kecil atau besar jumlah tuntutannya.

“Ramai yang menganggap mahkamah merupakan satu- satunya jalan untuk menyelesaikan permasalahan namun masalah boleh menjadi lebih besar kerana ia hanya mewujudkan situasi menang-kalah, dan seterusnya persengketaan akan berpanjangan,” kata Dr. Muslim di sidang media selepas Majlis Pelancaran Jenama Establishmen Tribunal Timbang Tara Malaysia (MATE) Cawangan Kota Kinabalu, Sabah, di Plaza Tanjung Aru, di sini, kelmarin.

Oleh itu, katanya, penimbangtara sentiasa bersedia membantu menyelesaikan masalah secara alternatif tanpa ke perlu ke mahkamah dan mewujudkan situasi menang- menang untuk kedua-dua pihak yang bertelingkah.

Katanya, dengan kata lain penimbangtara menyelesai- kan pertikaian melalui rundingan dan mengatasi perselisihan dengan cara yang mudah diterima dan disetujui oleh semua pihak tanpa mempunyai sebarang kepentingan di da- lam pertikaian yang diken- dalikannya.

Sementara itu, MATE me- rupakan satu penubuhan yang diasaskan sejak tahun 1980 atas permuafakatan dan mandat daripada kalangan pertu- buhan professional dan perdagangan sebagai Jawatankuasa Pengelola yang dikenali sebagai ‘Costituent Organizations’ yang mengubal dasar dan kaedah-kaedah Timbangtara dan disokong oleh pertu- buhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) sebagai ang- gota sekutunya.

Kini, katanya salah satu matlamat MATE adalah membersihkan kembali nama lebih dari 200,000 belia yang berumur antara 20 hingga 40-an di seluruh Malaysia yang telah diisytihar muflis.

“Diisytihar muflis boleh merosakkan seluruh hidup seseorang kerana kehilangan pekerjaan, harta benda, tidak boleh memohon pinjaman bank, membeli kereta dan sebagainya,” katanya.

Oleh itu katanya, salah satu fungsi MATE adalah dengan membantu golongan ini menyelesaikan masalah dan menjadi perantara dengan pihak bank bagi meyelesaikan masalah di luar mahkamah dan seterusnya dapat menyelamatkan golongan ini dari kemuflisan.

Mengulas mengenai pe- nubuhan cawangan MATE di Sabah, Dr. Muslim berkata, “Ia dilihat sebagai satu keperluan kerana negeri ini sedang pesat membangun dan jumlah penduduk semakin bertambah dan tentunya masalah-masa- lah sivil seperti tuntutan pampasan, tuntutan kerugian, pecah amanah dan sebagainya akan turut meningkat,”.

Sementara itu, majlis itu telah dilancarkan oleh Pega- wai Tugas-Tugas Khas kepada Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Albert Bingkasan, bagi mewakili beliau selaku Menteri Perusahaan, Perla- dangan dan Komoditi Malay- sia dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa (Pertelingkahan Kewangan) Dato’ Mohamad Zahari Awang.

Sumber | http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/60282
Loading...

Related

tribunal timbang tara 1061120948190165028

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item