satusabah

Hutang Malaysia berpotensi jadi bom jangka, kata pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Hutang negara Malaysia yang meningkat kepada hampir seratus peratus sejak 2007 kepada RM421 billion menunjukkan ris...

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Hutang negara Malaysia yang meningkat kepada hampir seratus peratus sejak 2007 kepada RM421 billion menunjukkan risiko fiskal bahawa sekiranya ekonomi negara ini tidak diuruskan secara berhemah, ia boleh mencetuskan keadaan ekonomi yang teruk, kata pakar analisis ekonomi hari ini.

Mereka berkata sementara hutang kerajaan — yang kini berada di paras 54 peratus dari kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang kedua tertinggi di Asia — tidak akan memberi impak kepada ekonomi negara dan kadar kredit setakat ini, tetapi bakal memberi keadaan yang tidak menentu kepada pasaran global, sekaligus bakal menjadi risiko untuk pelbagai isu dalam masa sekarang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar atas) telah berkata tidak akan membenarkan hutang kerajaan mencecah 55 peratus KDNK, kerisauan ini meningkat apabila pinjaman yang disokong pihak kerajaan — mula dipinjam dan sudah meningkat kepada 65 peratus KDNK, iaitu melebihi dari paras selesa bagi sesetengah penganalisis.

Ketua penganalisis ekonomi RAM Ratings, Yeah Kim Leng berkata bahawa sementara hutang Malaysia dianggap sebagai sederhana, ia juga perlu berhati-hati dalam kemungkinan kadar hutang mula melintasi “angka tertinggi” disebabkan terlalu banyak kos pinjaman.

“Sentimen pasaran yang tidak menentu boleh jadi sangat menyukarkan,” kata Yeah.

“Jika sentimen pasaran tidak memihak kepada Malaysia, ia boleh menyebabkan kadar pinjaman menjadi terlalu tinggi dan pelabur akan menarik kembali modal keluar”

Beliau turut menambah sekiranya pengurusan dilakukan secara berhemah, maka hutang negara akan menyebabkan daya tahan ekonomi negara semakin lemah jika mempunyai kejutan ekonomi kuat seperti kegawatan ekonomi pada hari ini.

“Ini bukan hanya soal pertumbuhan ekonomi, tetapi kemampuan ekonomi untuk bertahan,” katanya lagi.

Menurut angka yang diberikan dalam Laporan Ekonomi dari kewangan Kerajaan Persekutuan — menunjukkan bahawa hutang Kerajaan Persekutan telah meningkat dua kali ganda dalam masa kurang dari lima tahun, dari RM247 billion pada tahun 2007 kepada anggaran RM421 billion kepada

tahun 2011, dengan pendapatan hanya meningkat kepada 31 peratus atau dari RM140 billion kepada RM183 billion dalam tempoh yang sama.

Sebagai perbandingan, dari 2001 hingga 2005, kadar hutang hanya meningkat dari RM121.4 billion kepada RM189 billion, peningkatan hanya 56 peratus.

Pinjaman yang disokong kerajaan meningkat secara mendadak dari tahun 1985 hingga 2010 — dari RM11 billion kepada RM96 billion, peningkatan 8.7 peratus setiap tahun.

Cheong Kee Cheok, zamalah penyelidik senior dari Universiti Malaya (UM) di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran berkata bahawa hutang Negara yang kini 55 peratus KDNK tidaklah begitu membahayakan jika dibandingkan dengan Greece, akan tetapi dia membayangkan bahawa hutang akan terus meningkat.

“Peningkatan kadar hutang sepanjang tahun-tahun ini sangat merisaukan dan setakat ini, saya tidak nampak sebarang kesungguhan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan walaupun kadar sumber pendapatan tidak berkembang. Ini kerana kita mempunyai Petronas,” katanya lagi.

Wan Saiful Wan Jan, ketua eksekutif dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata senario politik memainkan peranan mengapa Malaysia terus bergelut dengan hutang yang meningkat.

Dia menegaskan bahawa perbelanjaan defisit adalah “perkara yang tidak sepatutnya”, melainkan kerajaan cuba memikirkan jalan terbaik untuk menangani hutangnya.

Hanya sedikit sahaja tindakan dari pihak kerajaan untuk menanganinya kerana ahli politik hanya sibuk menunggu pilihan raya akan datang.

“Ahli politik akan menggunakan wang untuk mereka memenangi pilihan raya,” tambahnya lagi.

Dia bukan sahaja mengkritik kepada pentadbiran Najib tetapi mendapati janji Pakatan Rakyat lebih teruk lagi.

“Pakatan Rakyat berkata mereka boleh membiayai perbelanjaan dengan menghapuskan rasuah, tetapi jika mereka mahu bertanggungjawab, mereka harus tahu bagaimana untuk membayar hutang bukannya menutup ruang untuk perbelanjaan,” katanya lagi.

Rekod fiskal kerajaan sudah mula menunjukkan impak kepada keyakinan pelabur disamping menunjukkan kelemahan atas mata wang negara serta peningkatan pengeluaran bon kerajaan.

Walaupun kerajaan Malaysia menawarkan pendapatan lebih dari Singapura atau Amerika Syarikat, pelabur terus menarik balik pelaburannya dan menyebabkan nilai ringgit jatuh dalam beberapa minggu ini.

Negara dengan kadar kredit yang kuat seperti Switzerland menawarkan pendapatan yang tinggi kerana kekuatan ekonominya, manakala Negara seperti Itali dan Sepanyol mempunyai masalah kerana mempunyai risiko yang tinggi.

Walaupun Malaysia tidak dalam kategori seperti Sepanyol dan Itali, keadaan menunjukkan pelaur lebih banyak menukarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika dan Singapura dalam masa ketidaktentuan walaupun Sekuriti Kerataan Malaysia (MGS) menawarkan 3.4 peratus keuntungan berbanding 1.5 peratus bagi bon kerajaan Singapura dan Amerika Syarikat dalam masa 10 tahun.

Ini bermakna para pelabur masih ada keraguan terhadap kemampuan Malaysia untuk membayar balik hutang serta pengeluaran matawang asing seterusnya menjadikan matawang ringgit jatuh dalam masa 14 tahun berbanding dolar Singapura dan nilai matawang semakin merosot.

Dengan kedua-dua hutang dan perbelanjaan defisit antara yang tertinggi di Asia berbanding KDNK, ia akan menjadi lebih sukar bagi kerajaan mengurangkan perbelanjaan - sama ada meningkatkan cukai atau memotong perbelanjaan — semuanya tidak menjadi popular di kalangan rakyat.

Penyelamat ekonomi Malaysia ialah rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara disamping pendapatan dari minyak dan gas.

Pendapatan dari hidrokarbon bagaimanapun diancam dengan harga yang tidak menentu kerana kedudukan ekonomi yang tidak stabil.

Sekiranya berlakunya lagi krisis ekonomi global, tidak dapat dipastikan bagaimana ruang fiskal dalam pentadbiran Najib dapat melakukan tindakan merangsang ekonomi kerana terikat denganperbelanjaan defisit dan sentiasa dibelenggu dengan hutang.

Satu lagi isu ialah hutang RM96 billion akan terus meningkat dalam masa akan datang dan ada laporan menganggarkan peningkatan ini mungkin meningkat ke RM100 billion dalam beberapa tahun akan datang.

Malah, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga terpaksa mengurangkan perbelanjaan hutangnya, dengan menjual RM2.5 billion bon Islamnya untuk membiayai lebih banyak perbelanjaannya untuk peningkatan para pelajar ke universiti.

Skim PTPTN walaubagaimanapun berada dalam keadaan kontroversi dimana hanya 84 peratus pelajarnya membayar balik pinjaman setakat Februari tahun ini.

Untuk ketika ini, para pelabur masih lagi mahu membeli bon dari kerajaan Malaysia untuk digunakan untuk pembangunan negara.

Persoalan samada harga petroleum terus turun, atau kadar defisit yang masih lagi tinggi, dan kenaikan kadar liabiliti mungkin akan mengganggu keyakinan mereka.

Sumber : http://my.news.yahoo.com/hutang-malaysia-berpotensi-jadi-bom-jangka-kata-pakar-232151734.html
Loading...

Related

yahoo 7747952349780179486

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item