satusabah

Kau Buyuk Aku | Akustik Ballad + Keroncong. Percubaan mengetengahkan loghat Sabahan

Lagu ini sengaja dibuat menggunakan loghat Sabahan dengan genre gabungan ballad dan keroncong untuk menguji sejauhmana kesesuaian loghat ...

Lagu ini sengaja dibuat menggunakan loghat Sabahan dengan genre gabungan ballad dan keroncong untuk menguji sejauhmana kesesuaian loghat Sabahan dalam lagu ballad atau sentimental. Kebanyakan para pengiat seni suara tidak berani meletakkan loghat ini dalam bentuk yang lain selain yang ala-ala Sabahan disebabkan tidak 'confident' dengan loghat sendiri menyebabkan loghat ini tidak ter'komersil'. 1Sabah memuji orang Kelantan kerana berani mengetengahkan loghat mereka yang akhirnya loghat ini telah diterima untuk dijadikan bahasa pengantar dalam sitkom di televisyen.


Kau Buyuk Aku

Indada sudah harapanku
Lepas ku nampak
Kau di 1B* sama dia

Ku tinguk dari jauh
Dia pigang tanganmu
Kau malu-malu kunu
Macam inda mau
Padahal dalam hati siapa tahu

Dulu kau sakap sama aku
Kau masih single lagi
Belum ada boipren
Tambirang pula kau
Kana buyuk aku
Nah ampai-ampai aku kana tipu

Tapi mengapa kau SMS aku
Kau mangasitau kau rindu aku
Kau inbox aku kau tulis di WALL ku
Semua urang tau kau suka aku

Sikarang bingung sudah aku
Risau pulak aku
Kana buyuk lagi

Tetapi dalam hati ini
Mimang aku mau
Dari dulu lagi

Lagu/Lirik : DJR
Lagu ini bukan rakaman studio

* 1 Borneo

MAKNA BEBERAPA LOGHAT SABAHAN DALAM LAGU INI

1. Buyuk = tipu
2. Indada = tiada
3. Tinguk = tengok/lihat
4. Pigang = pegang
5. kunu = konon
6. Inda mau = tidak mahu
7. Sakap = cakap
8. Tambirang = sombong/temberang
9. Ampai - ampai = nyata/jelas
10. Mangasitau = memberitahu
11. Urang = orang
12. Mimang = memang
13. Sikarang = sekarang

SEMOGA TERHIBUR!
Loading...

Related

utama 4774868545402392545

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item