satusabah

KENINGAU

Daerah Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Ia adalah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian...

Daerah Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Ia adalah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Bandar Keningau terletak kira-kira 128 km di Selatan Kota Kinabalu dan dipisahkan oleh Banjaran Crocker. Menurut cerita masa dahulu, ada sebuah kampung di mana terdapat banyak pokok kayu manis yang juga dikenali sebagai "kayu keningau" dalam bahasa tempatan. Orang-orang Inggeris menerimanya sebagai rempah dan seterusnya menjualnya dipasaran antarabangsa. Setelah saudagar-saudagar asing mengenalinya, permintaannya semakin bertambah dan semakin lama "kayu keningau" semakin mashyur di pedalaman. Untuk mudah mengenali kampung yang banyak pokok keningau, maka kampung itu dipanggil Kampung Keningau. Untuk memudahkan lagi pengenalan Keningau, maka nama Daerah Keningau telah dimasukkan dalam peta.
Loading...

Related

Kota Kinabalu 4134764846987354749

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item