satusabah

KUDAT

Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran dan Вajau Úbian iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelu...

Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran dan Вajau Úbian iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim (beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan (Kudat ).Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini. 

Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT.

Sejarah Membentuk Rupa Penduduk Pulau Banggi

Kampung Karakit yang merupakan lokasi bagi Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) mempunyai sejarahnya tersendiri. Sejarah kampung ini bermula daripada penemuan rakit yang terdampar di pantai oleh penduduk awal yang tiba di pulau tersebut. Di atas rakit itu pula, terdapat seekor kera. Berikutan daripada peristiwa itu, penduduk telah menamakan kampung ini sebagai Kampung Karakit.

Perkataan Pulau Banggi pula sebenarnya disebut Bonggi. Ini kerana, maksud Banggi dalam bahasa kaum Dusun ialah bangkai. Manakala, Dusun Banggi pula sepatutnya disebut Dusun Bonggi. Pulau ini dinamakan Banggi kerana ia didiami oleh suku kaum Dusun Banggi. Suatu ketika dahulu, rumah-rumah suku kaum Dusun Banggi dibina di atas pokok kira-kira 20 m dari aras tanah. Mereka membina rumah di atas pokok bertujuan untuk mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku. Keadaan ini disebabkan, Pulau Banggi selalu diserang oleh lanun dan penduduk akan bertindak menyerang lanun-lanun tersebut dari atas pokok dengan melempar senjata seperti batu.

Sebelum ini, kebanyakan suku kaum Dusun Banggi beragama Pagan. Namun kini, ramai di antara mereka telah menganut agama Islam dan Kristian. Bagi mereka yang beragama Pagan, apabila berlaku kematian di sesebuah rumah, mereka akan meninggalkan rumah tersebut lalu membina rumah di tempat lain. Kini kaum Dusun Banggi membina penempatan mereka di atas tanah sebagaimana penduduk lain di pulau tersebut.

Menariknya, Dusun Banggi mempunyai tarian yang dikenali sebagai Tarian Tambadak yang dipersembahkan untuk merawat pesakit. Kini, apabila ada lawatan menteri ataupun orang kenamaan ke pulau ini, mereka akan mempersembahkan tarian tersebut untuk menyambut ketibaan mereka. Terdapat beberapa peninggalan sejarah di Pulau Banggi seperti perigi yang dibina oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu. Perigi tersebut masih lagi digunakan oleh penduduk di pulau ini untuk mandi, membasuh pakaian dan lain-lain.






Related

Suluk Sabah 7295749547847044426

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item