satusabah

SURAT TERBUKA UNTUK SABAHAN

SURAT TERBUKA UNTUK SABAHAN (*Berangkai) U/P: KDM SABAHAN. Ditujukan Untuk Orang-orang SABAHAN seperti saya. Jangan Kerana Politik Kita M...

SURAT TERBUKA UNTUK SABAHAN (*Berangkai)

U/P: KDM SABAHAN.

Ditujukan Untuk Orang-orang SABAHAN seperti saya.

Jangan Kerana Politik Kita Malu Memberitahu Kepada Urang Melayu, Cina Atau India bahawa:
Saya SABAHAN…
Saya KADAZAN…
Saya DUSUN…
Saya MURUT…
Dan Lain-lain lagi etnik dari Sabah…
Kalau ada pendapat mengatakan bangsa kita kecil dan tidak bertemadun maka katakan pada mereka, “Tamadun dibina dengan MASA maka dengan masa kini kami sendang membina tamadun”

Bangsa Yang Berpegang Pada Prinsip
-Jika orang MELAYU, tetap berbangsa MELAYU walaupun dalam BN
-Jika orang CINA, tetap berbangsa CINA walaupun dalam BN (MCA)
-Jika orang INDIA tetap berbangsa INDIA walaupun dalam BN (MIC)
Kenapa Kita SABAHAN atau KDM malu mengaku KADAZAN atau DUSUN atau MURUT walaupun di dalam BN (any other party in BN).

Tangungjawab Dan Berpolitik
Mungkin kita terlalu beremosi sehingga tidak mahu memberi masa untuk memahami beza tangungjawab berpolitik dan tanggungjawab mengekalkan identiti bangsa. Tapi jangan sebab gagal mengurus masa, lalu jadi harga pula untuk gadai suku kaum.

Jika ada SABAHAN atau KDM lain mempertikaikan Soal Agama hanya kerana kita KDM-Islam atau Sabahan ISLAM, katakan pada mereka:
-“ISLAM tidak salah. Yang Salah ialah ORANG itu sendiri apabila anggap ISLAM itu Melayu Dan Melayu Itu ISLAM”.
-”Kita Tetap SABAHAN. Walaupun kita ISLAM.
-”Kita Tetap KDM. Walaupun kita ISLAM.

“Dan dalam Islam-pun kita diajar supaya menerima keluarga/ibu bapa sekalipun mereka bukan ISLAM kerana tanpa mereka kita tidak lahir didunia”

Oleh itu, wahai orang-orang SABAH terutama sekali suku kaum saya KADAZAN (sekarang sudah KDM)
tangungjawab menjaga asal-usul ini perlu dimana-mana. Adalah salah sendiri jika Etnik Sabahan ini pupus hanya disebabkan kita malu?

“Jangan kerana politik kita tukar Bangsa. Jangan kerana agama kita buang keluarga.”

Lady Mariah: IM PROUD TO BE KDM a.k.a SABAHAN!

Loading...

Related

surat terbuka 4230171017725629347

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item