satusabah

[18+] Adegan Panas Nora Danish dan Rusdi Ramli

Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli ...

Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.

Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.



ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial. Skrol ke bawah untuk video trailer dan adegan panas ini.

Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar - myMetro

Loading...

Related

selebriti 424384028587193733

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item