satusabah

Awie dan Erra bersama semula?

Kisah diantara Erra Fazira dengan Awie satu masa dahulu memang ramai yang mengingati yang mereka berdua memang rapat bahkan pernah bert...


Kisah diantara Erra Fazira dengan Awie satu masa dahulu memang ramai yang mengingati yang mereka berdua memang rapat bahkan pernah bertunang pada tahun 1997 dan putus pada tahun 1998. Namun setelah mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing, maka hubungan mereka semakin lama semakin pudar.

Namun baru-baru ini, Erra Fazira dan Awie bertemu kembali menerusi program Tunggu Sekejap di TV3 dan Erra sebagai tamu undangan, manakala Awie sebagai host rancangan berkenaan.

Sebelum itu, Awie mendapat tahu Erra sebagai tamu undangan, lantas dia memberitahu atau meminta izin kepada isterinya, memetik daripada portal mStar baru-baru ini.

"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing.

"Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro)," -Awie
 

Loading...

Related

selebriti 8026042257158743499

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item