satusabah

Dr Chandra: Kertas putih Sabah diceroboh perlu

WARTAWAN SINAR HARIAN 10 Mac 2013 Chandra PETALING JAYA - Kerajaan perlu mengeluarkan satu kertas putih bagi menjelaskan kepad...


WARTAWAN SINAR HARIAN

10 Mac 2013

Chandra
PETALING JAYA - Kerajaan perlu mengeluarkan satu kertas putih bagi menjelaskan kepada rakyat situasi sebenar berkenaan insiden Sabah diceroboh oleh pengikut Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, kata Dr Chandra Muzaffar.

Presiden International Movement for a Just World (Just) ini berkata, sebaik sahaja operasi ketenteraan yang berlangsung sekarang selesai, penjelasan penuh perlu diberi untuk rakyat mengetahui keadaan yang sebenar.

"Selepas, selepas mereka sudah mengatasi situasi ini, yang kita berhadapan ini, situasi ketenteraan, tetapi selepas ini, kita perlu kertas putih... saya setuju.

"Selepas ini satu penjelasan mendalam tentang segala aspek termasuk soal tentang siapa dalang," kata beliau dalam satu wawancara kepada Sinar Harian dan Sinar Harian Online di pejabat beliau di sini, kelmarin.

"Dan, yang kedua, yang mungkin berhubung kait tentang yang pertama, soal tentang pembiayaan, dana, dari mana mereka dapat duit," kata beliau yang juga Pengerusi Yayasan 1Malaysia.

Beliau yang mengikuti perkembangan isu-isu semasa dengan dekat ditanya persoalan pelbagai mengenai insiden pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah sebulan yang lalu.

Awal bulan ini, kerajaan melancarkan Op Daulat bagi menangani isu ini, yang merupakan cabaran paling besar selepas masalah komunis dan Konfrontasi 1963-65.

Pembangkang turut menggesa agar satu sidang khas Parlimen dipanggil berhubung isu ini.

Pada 3 Mac lalu, pemimpin Pas menggesa Putrajaya memanggil sidang khas Parlimen dan mengeluarkan “kertas putih” dan membuat penjelasan berhubung insiden pertempuran pasukan keselamatan Malaysia dan militan Filipina di Lahad Datu.

Naib Presiden Pas,  Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Putrajaya perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai dan negara, serta menambah selagi kerajaan berdiam diri, khabar angin akan terus tersebar dengan meluas.

Bagaimanapun beberapa ahli Parlimen dari parti kerajaan menolak keperluan tersebut.
Loading...

Related

Malaysia 1969013619556488948

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item