satusabah

Empat anggota polis didakwa rompak warga asing

KUALA LUMPUR: Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merompak dan mengugut empat warga...

KUALA LUMPUR: Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merompak dan mengugut empat warga Indonesia dua minggu lepas.

Azrol Yon Chik, Mohammad Hafiz Md Isa, Mohd Khairil Azli Saud dan Rustamad Awang, dari Balai Polis Tropicana, Damansara didakwa merompak wang tunai berjumlah RM500 dan lapan telefon bimbit milik Ernawati, Lilis, Arifhidayattullah dan Hendi Ekwanto di Kampung Sungai Penchala pada 1.30 pagi 12 Mac lepas.

Azrol, Mohammad Hafiz dan Mohd Khairil, masing-masing berusia 27 tahun, manakala Rustamad, 31, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mereka yang berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu juga didakwa mengugut mangsa sebanyak RM3,000 di Balai Polis Tropicana pada 2 pagi hari sama mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan. - MyMetro
Loading...

Related

rompakan 3313989392592419667

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item