satusabah

Fan Page 1SABAH: Kenali Kami

1SABAH ialah fan page Sabah yang mengamalkan perkongsian informasi dan perbincangan isu yang berkaitan. Fan Page ini diwujudkan pada 28 ...


1SABAH ialah fan page Sabah yang mengamalkan perkongsian informasi dan perbincangan isu yang berkaitan. Fan Page ini diwujudkan pada 28 Oktober 2009. Walau bagaimanapun, hanya aktif di awal tahun 2013 disebabkan faktor masa. 

Pada masa ini, 1SABAH dikawalselia oleh seramai 5 orang admin.

BLOG RASMI

Alamat URL blog rasmi bagi fan page 1SABAH ialah sub-domain blogspot di http://blog1sabah.blogspot.com atau domain khas yang akan dikemaskini pada masa akan datang.

RADIO ONLINE

Radio online rasmi bagi fan page 1SABAH ialah Utara FM iaitu radio online pertama di Sabah. Radio online ini boleh didengar di http://utarafm.net

PERATURAN

Sebagai sebuah fan page komuniti, followers 1SABAH tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi. 

1. Dilarang sama sekali mempersendakan perkara-perkara sensitif seperti agama dan suku kaum/etnik.

2. Followers hendaklah mematuhi etika dalam memberikan komen dengan tidak memberi komen yang berunsur lucah, maki-hamun dan seumpamanya.

3. Jangan spam  di ruangan komen, wall  dan inbox.

4. Post/link yang berkaitan dengan politik boleh dipertimbangkan tetapi tertakluk kepada peraturan no. 2.

5. Kredit akan diberikan kepada setiap artikel post yang diambil dari mana-mana bahagian di internet sebagai perkongsian atau bahan perbincangan.

6. Admin mempunyai hak untuk delete post, komen dan lain-lain yang difikirkan tidak sesuai atau bersifat bertentangan dengan prinsip.

7. Admin mempunyai hak untuk ban permanently mereka yang secara berterusan melanggar peraturan.

8. Admin tiada halangan kepada sesiapa sahaja untuk 'share' atau terus mengambil gambar milik 1SABAH. Walau bagaimanapun, sila 'respect' bahan tersebut dengan memberikan kredit yang sesuai.

PENAFIAN

1. Komen daripada followers adalah di bawah tanggungjawab mereka. Segala risiko yang berkaitan seperti tindakan undang-undang hendaklah dirujuk terus kepada pemilik akaun facebook  pengomen tersebut.

2. Segala komen daripada followers sama sekali tidak menggambarkan pendirian dan pandangan 1SABAH.

3. Kami tidak memantau page ini sepanjang masa. Maka, adalah diluar kemampuan kami untuk menapis, memadam dan review setiap komen dan post di dalam page ini yang melanggar peraturan.

4. 1SABAH mungkin mempunyai Twitter, YouTube, Blog, Website, WordPress, MySpace dan seumpamanya. Kami akan mengemaskini informasi berkaitan pada bila-bila masa.

5. 1SABAH tidak menjanjikan ketepatan mahupun kesahihan apa-apa maklumat yang dikongsikan di dalam page ini. Walau bagaimanapun, kami akan cuba sedaya upaya mengongsikan maklumat yang betul dari sumber yang boleh dipercayai.

6. 1SABAH tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, kehilangan, kecederaan dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan info, iklan dan lain-lain yang dikongsikan di fan page ini.

7. 1SABAH menyokong dan mengamalkan ''MSC Malaysia Bill of Guarantees''  (BoG No. 7)  iaitu tidak menapis internet. 

PROMOSI

Kami bersedia membantu untuk memaparkan sebarang aduan pengguna, kehilangan atau apa-apa info yang bukan menguntungkan atau merosakkan individu lain. Sila inbox kami dengan maklumat yang lengkap untuk tujuan tersebut.

PENGIKLANAN

Pada masa ini, kami belum menawarkan sebarang jenis pengiklanan perniagaan di fan page kami. Walau bagaimanapun, perkara ini sedang dalam perancangan.

HUBUNGI KAMI

Kami sangat mengalu-alukan komen dan cadangan dari followers dengan menghantarkannya ke inbox (message) 1SABAH.
Loading...

Related

Malaysia 1252711294872648942

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item