satusabah

Lelaki tikam mati buruh

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai menikam mati seorang buruh yang cuba menyerangnya, dalam kejadian yang berla...


LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai menikam mati seorang buruh yang cuba menyerangnya, dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kongsi pekerja ladang Felda Sahabat 7 Cenderawasih, kira-kira 120 kilometer dari sini, pada Rabu.

Dalam kejadian antara pukul 10-11 pagi itu, Unding Polling,40, maut ditempat kejadian akibat ditikam pada bahagian rusuk kiri semasa dikatakan cuba menyerang lelaki berusia 32 tahun itu.

Difahamkan sebelum itu, lelaki terbabit telah bersembunyi di rumah kakak iparnya di salah sebuah rumah kongsi tersebut untuk mengelak daripada dikesan oleh mangsa (Unding).

Bagaimanapun, mangsa yang mengetahui akan lokasi persembunyian lelaki itu telah datang ke rumah tersebut untuk menyerang dengan membawa sebilah pisau dan parang.

Ekoran kejadian itu, mangsa maut ditempat kejadian dipercayai akibat ditikam menggunakan pisau miliknya oleh suspek yang dikatakan cuba mempertahankan diri ketika berlaku pergelutan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah ini yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, pihaknya telah bergegas ke lokasi tersebut dan menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di bahagian ruang dapur rumah tersebut.

Tambahnya, polis juga telah menahan suspek di lokasi sama dalam keadaan cedera parah dan belumuran darah sebelum dia dibawa ke Hospital Lahad Datu (HLD) untuk mendapat rawatan.

“Kita turut merampas sebilah pisau dan parang dalam kejadian tersebut,”ujarnya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan.
Loading...

Related

Lahad Datu 8937306360934416804

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item