satusabah

Rundingan damai MILF-Manila disambung semula

SULTAN KUDARAT, Bangsamoro 15 Mac - Ketua Perunding Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berkata, rundingan damai akan disambung semula ...


SULTAN KUDARAT, Bangsamoro 15 Mac - Ketua Perunding Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berkata, rundingan damai akan disambung semula bulan ini meskipun terdapat 'gangguan' terhadap proses tersebut.

Mohagher Iqbal mengakui ada "pihak yang tidak bertanggungjawab" cuba menangguhkannya bertujuan menghentikan proses itu dengan mengaitkannya kepada krisis di Sabah.

Beliau berkata, isu rundingan damai lebih penting daripada perang dan MILF akan memastikan ia akan disambung semula pada minggu terakhir bulan ini.

Beliau turut menegaskan, cubaan untuk menangguhkan rundingan itu tidak akan menjadi kenyataan.

"Buat masa ini, saya sedih untuk menyatakan terdapat beberapa cubaan bagi menangguhkan rundingan yang ditetapkan pada 25 hingga 27 Mac ini di Kuala Lumpur.

"Cubaan penangguhan itu dikaitkan dengan krisis pencerobohan di Sabah yang mana mereka menyatakan ia menjejaskan rundingan antara MILF dan kerajaan Filipina," katanya kepada wartawan ketika menghadiri latihan di Institut Pengurusan dan Kepemimpinan Bangsamoro di sini, semalam.

Namun Mohagher menegaskan, rundingan itu tidak terjejas kerana krisis di Sabah berkenaan dengan keselamatan, sedangkan rundingan di Kuala Lumpur adalah tentang isu keamanan. - AGENSI
Loading...

Related

moro 1902443102576469443

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item