satusabah

Sejarah: Asal usul Facebook

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesia...


Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan.

Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.


Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".

Facebook juga berdepan dengan kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria, China, Vietnam, dan Iran. Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.

Satu lagi isu adalah para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek. Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.

Sejarah

Facemash

Mark Zuckerberg mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Harvard. Mark Zuckerberg mencipta Facemash pada 28 Oktober 2003, sebagai pelajar tahun dua di Universiti Harvard. Pada malam itu, Zuckerberg memblogkan cubaan melupakan bekas teman wanita yang baru meninggalkannya:

I'm a little intoxicated, not gonna lie. So what if it's not even 10 p.m. and it's a Tuesday night? What? The Kirkland [dorm] facebook is open on my desktop and some of these people have pretty horrendous facebook pics. I almost want to put some of these faces next to pictures of farm animals and have people vote on which is more attractive.
(Aku rasa mabuk sedikit, tak nak bohong. Buat apa kalau belum pukul 10 pada malam Selasa? Apa? Facebook asrama Kirkland dibuka dalam desktop aku, ada mereka yang buruk sangat gambar facebooknya. Aku rasa nak letakkan beberapa muka-muka mereka dekat dengan gambar haiwan ladang dan jemput orang ramai untuk mengundi gambar mana paling menarik.)

—9:48 malam

Yea, it's on. I'm not exactly sure how the farm animals are going to fit into this whole thing (you can't really ever be sure with farm animals...), but I like the idea of comparing two people together.
(Ya, dah naik. Entahlah bagaimana untuk memasukkan haiwan-haiwan ladang ini ke dalam semua ini, tapi baguslah idea membanding-bandingkan dua orang.)

—11:09 malam

Let the hacking begin.
(Penggodaman bermula.)

—12:58 tengah malam


Menurut akhbar The Harvard Crimson, Facemash "menggunakan gambar-gambar foto yang dihimpunkan dari facebook atas talian dari sembilan Rumah, meletakkan dua gambar bersebelahan sekali lalu meminta para pengguna untuk memilih orang mana yang 'lebih hangat'". Untuk melakukan demikian, Zuckerberg menggodam kawasan terlindung dalam rangkaian komputer Harvard lalu menyalin gambar-gambar ID asrama yang sulit dari setiap rumah.

Ketika itu, Harvard tiada buku panduan pelajar yang diisi gambar dan maklumat asas, dan Facemash berjaya menjana 450 pelawat dan 22,000 tontonan foto sepanjang empat jam terawalnya dalam talian. Ciri-ciri Facemash yang mencerminkan komuniti fizikal orang ramai, dengan identiti sebenar sekali, merupakan aspek-aspek terpenting untuk Facebook.

Tapak web berkenaan dikirimkan ke beberapa pelayan senarai kumpulan kampus, tetapi beberapa hari kemudian, ia ditutup oleh pihak pentadbiran Harvard. Zuckerberg didakwa mencabuli keselamatan, hak cipta, dan privasi individu oleh pihak pentadbiran, sehingga menghadapi hukuman buang sekolah, tetapi akhirnya tuduhan-tuduhan tersebut digugurkan.

Kemudian, Zuckerberg memperluaskan projek asal ini dengan mencipta alat pembelajaran sosial sebagai persediaan peperiksaan akhir sejarah kesenian dengan memuat naik 500 imej zaman Augustus ke dalam sebuah tapak web, dengan satu gambar sehalaman diiringi seksyen komen. Beliau membuka tapak tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya, dan mereka semua mula berkongsi catatan.

Thefacebook
Thefacebook, paparan awal facebook
Pada penggal berikutnya, Zuckerberg mula menulis kod untuk sebuah laman web baru pada Januari 2004. Beliau mengakui dirinya diilhamkan oleh editorial dalam senaskhah The Harvard Crimson mengenai peristiwa Facemash. "Jelas sekali bahawa teknologi yang diperlukan untuk mencipta tapak web yang terpusat sudah tersedia," kata-kata yang tertera dalam akhbar tersebut. "Banyak sekali faedahnya." On February 4, 2004, Zuckerberg launched "Thefacebook", originally located at thefacebook.com. "Semua orang hangat memperkatakan face book kegunaan sejagat dalam Harvard," Zuckerberg memaklumkan The Harvard Crimson. "Saya rasa adalah tidak masuk akal bagi pihak Universiti untuk memakan masa dua tahun untuk membiasakan diri. Saya boleh melakukannya dengan lebih baik daripada mereka, dan saya mampu melakukannya dalam seminggu."

Enam hari selepas laman itu dilancarkan, tiga pelajar senior Harvard, iaitu Cameron Winklevoss, Tyler Winklevoss, dan Divya Narendra, menuduh Zuckerberg sengaja memperdaya mereka dengan kepercayaan bahawa beliau akan membantu mereka membina rangkaian sosial bernama HarvardConnection.com, padahal beliau sebenarnya menggunakan gagasan mereka bertiga untuk menghasilkan produk pesaing.

Mereka bertiga mengadu kepada Harvard Crimson agar melakukan siasatan. Zuckerberg menggunakan tapak webnya, TheFacebook.com, untuk mencari ahli-ahli tapak web yang memperkenalkan diri sebagai ahli-ahli Crimson, kemudian menyemak daftar kegagalan log masuk untuk melihat sama ada adanya ahli-ahli Crimson yang pernah memasukkan kata laluan yang salah ke dalam TheFacebook.com. Bagi yang melakukan cubaan log masuk yang gagal, Zuckerberg cuba menggunakan kata laluan berkenaan untuk mencapai akaun emel Harvard ahli-ahli Crimson itu, lalu berjaya menuduh dua daripada mereka. Kemudian, adik-beradik Winklevoss dan Narendra memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Zuckerberg, tetapi kemudian menyelesaikannya secara damai.

Keahlian TheFacebook.com pada mulanya terhad kepada pelajar Kolej Harvard, dan dalam sebulan pertama, lebih separuh jumlah mahasiswa Harvard berdaftar dengan perkhidmatan ini. Kemudian, Zuckerberg disertai oleh Eduardo Saverin (aspek perniagaan), Dustin Moskovitz (pengaturcara), Andrew McCollum (pereka grafik), dan Chris Hughes untuk mempromosikan tapak web ini. Pada Mac 2004, Facebook diperluaskan ke universiti-universiti Stanford, Columbia, dan Yale. Perluasannya berterusan dengan pembukaannya ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf Liga Ivy dan di kawasan Boston, diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat. Facebook diperbadankan pada pertengahan tahun 2004, dan usahawan Sean Parker yang selama ini menjadi penasihat tak rasmi Zuckerberg, menjadi presiden syarikatnya. Pada Jun 2004, Facebook memindahkan tapak operasinya ke Palo Alto, California. Perkataan The digugurkan dari namanya setelah nama domain facebook.com dibeli dengan harga $200,000 pada tahun 2005.

Facebook melancarkan versi sekolah tinggi pada September 2005, sebagai apa yang diperkatakan oleh Zuckerberg sebagai langkah logik seterusnya. Ketika itu, rangkaian sekolah tinggi memerlukan jemputan untuk menyertainya. Facebook kemudian meluaskan kelayakan keahliannya kepada para kakitangan beberapa syarikat, termasuk Apple Inc. dan Microsoft. Akhirnya pada 26 September 2006, Facebook dibuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas dengan alamat e-mel yang sah.

Tapak web

Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi, maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat" sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar. To allay concerns about privacy, Facebook enables users to choose their own privacy settings and choose who can see what parts of their profile.

Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari pengiklanan, seperti iklan sepanduk.[40] Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan" melainkan ditetapkan sebaliknya.

Sumber: Wiki

Artikel Lain

Disediakan oleh: Hazarina Binti Abd Hamid

Facebook telah diasaskan oleh seorang anak muda yang berasal dari  NewYork. Nama beliau ialah Mark Zuckerberg, dilahirkan pada  tahun 1984, dan beliau telah mengasaskan Facebook ketika beliau masih lagi menuntut di Universiti Harvard. Sebelum ini, Mark Zuckerberg juga pernah membina beberapa laman web sosial yang lain, antaranya ialah Coursematch dan Facemash. Kini Mark Zuckerberg adalah seorang billionaire.

Mark Zuckerberg telah melancarkan Facebook  pada febuari 2004. Semasa pelancaran, dalam masa 24 jam saja, seramai 1,200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa sebulan hampir separuh prlajar serjana muda  di Universiti Harvard telah membuka akaun di Facebook. Kemudian rangkaian tersebut telah berkembang ke seluruh universiti yang terdapat di Amerika Syarikat, dan kini Facebook telah tersebar luas ke serata dunia. Facebook telah ‘menjadi’ Facebook.com selepas nama domain tersebut dibeli dengan harga USD200,000.

Tahukah anda, nama Facebook diambil sempena dengan nama borang yang akan diedarkan kepada pelajar baru di Universiti Harvard.

Pada mulanya, Facebook adalah satu tool yang digunakan oleh para pelajar di Universiti Harvard untuk berinteraksi sesama mereka. Tapi kini, ia digunakan oleh semua orang sebagai hiburan. Keahlian Facebook adalah percuma, tapi bagaimana Mark Zuckerberg boleh bergelar billionaire sedangkan keahalian adalah percuma? Sebenarnya keuntungan Facebook diperolehi daripada pengiklanan. Oleh itu tidak hairanlah syarikat separti Google dan Yahoo berminat untuk membeli Facebook.

Jika MySpace menerima tawaran daripada NEWS CORP sebanyak USD580 juta dan YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google, Facebook pula telah menerima tawaran hampir USD2 billion daripada Google dan Yahoo. Jika anda yang berada di tempat Mark Zuckerberg pada ketika itu, adakah anda akan menerima tawaran tersebut? USD 2 billion banyak tu… 7 keturunan pun tak habis. Tapi Mark Zuckerberg telah menolak tawaran tersebut. Beliau berkata ‘Facebook bukan untuk dijual’. Syarikat Microsoft pun telah menunjukkan minat terhadap Facebook, dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% yang bernilai USD246 juta.

Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.

Facebook adalah salah satu laman web sosial seperti MySpace dan Friendster, tetapi bagaimana Facebook boleh berkembang dengan cepat? Mungkin disebabkan oleh keunikan aplikasi yang terdapat pada Facebook. Game, gift, quiz dan banyak lagi aplikasi Facebook yang membolehkan Facebook  telah berkembang dengan cepat. Facebook juga menyediakan ruang chat kepada penggunanya untuk berinteraksi kepada rakan-rakan. Ini yang membuatkan Facebook lebih unik berbanding dengan laman web sosial yang lain. -UMP
Loading...

Related

sejarah 4281497326696059475

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item