satusabah

Tahniah kepada Follower ke 50k iaitu AieYna Saiding dari Sandakan

Klik imej untuk perbesarkan Dalam usaha menjadi medium penyebar maklumat khususnya bagi Sabah melalui fan page di facebook, pastinya 1S...

Klik imej untuk perbesarkan
Dalam usaha menjadi medium penyebar maklumat khususnya bagi Sabah melalui fan page di facebook, pastinya 1SABAH memerlukan followers yang ramai untuk memastikan informasi berkaitan sampai. 

AieYna Saiding adalah followers ke 50k di
fan page facebook 1SABAH
Dalam tempoh sehingga 10 Mac 2013, 1SABAH telah mencapai jumlah 50 ribu followers dan AieYna Saiding adalah followers yang ke 50 ribu berdasarkan kepada printscreen yang sempat dibuat oleh admin.

Sebagai sebuah page yang bukan memaparkan isu atau provokasi dalaman atau media komersil atau badan-badan tertentu, sememangnya sukar untuk mencapai jumlah ini dan 1SABAH sangat bersyukur atas pencapaian ini.

Jutaan terima kasih kepada semua followers yang semakin hari semakin bertambah kerana sudi 'like' page 1SABAH.

Kepada followers yang bijak bistari, pesanan 1SABAH supaya sentiasa berhemah dalam membuat komen untuk satu-satu topik kerana BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA. Ini bermaksud, jika anda berbahasa yang keterlaluan sehingga boleh menyinggung pihak lain, anda secara langsung telah merosakkan bangsa anda dan umumnya negeri Sabah dan pastinya negara kita Malaysia.

Senario 'keyboard warrior' semakin berleluasa pada masa ini yang mana ada pengomen terlalu berjiwa 'pahlawan' dalam komen-komen di internet terutamanya facebook, twitter dan blog yang akhirnya mengundang ketidakstabilan emosi antara sesama kita.

Jika ini berterusan akan berlaku satu lagi huru-hara dalaman yang melibatkan emosi dan perasaan dan pasti akan menganggu kestabilan sosial umumnya di Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa terdapat 2 golongan pengomen yang saling bercanggah pendapat iaitu yang pro dan kontra dengan kerajaan. Setiap isu dijadikan platform untuk melampiaskan pendirian sendiri sehingga adakalanya ada komen yang sama sekali tidak berkaitan dengan topik.

"Ini internet bah..apa kau peduli" kata seorang pengomen. Ya, admin setuju bahawa setiap pengguna mempunyai hak kebebasan melakukan apa sahaja di internet. Walau bagaimanapun, setiap perlakuan ada kesannya. Jika yang dilakukan itu baik maka kesannya baik. Jika yang dilakukan itu kurang baik, kesannya pasti negatif.

Ingat, lumrah alam yang tiada pertikaian ialah kehidupan kita seperti roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Ketika anda di atas, anda boleh mendabik dada tapi bilamana orang lain berada di atas pasti orang itu juga akan mendabik dada kepada anda.

Kepercayaan yang kita pegang memberikan amaran bahawa setiap perbuatan ada pembalasannya. Pembalasan itu pula bukan semestinya kepada kita tetapi mungkin kepada anak-anak atau saudara mara kita yang mana kita juga akan merasainya secara tidak langsung seperti kepada pepatah 'Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa'.

Jom! kita satukan jiwa untuk mempertahankan nikmat situasi aman di Sabah amnya di Malaysia.

Salam perpaduan dari admin 1SABAH.
Loading...

Related

Sandakan 1536630818588489897

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item