satusabah

Tangguh kahwin untuk selamatkan Sabah

Pasir Mas: Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, ...


Pasir Mas: Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, semalam, sepatutnya berkahwin bulan lalu, namun terpaksa ditangguhkan selepas ditugaskan untuk menyertai Op Daulat.

Ibunya, Rahmah Mamat, 50, berkata sebelum ini Ahmad Hurairah yang lebih mesra dengan panggilan Era sempat menunjukkan gambar kekasihnya dua tahun lalu dan melahirkan hasrat menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya itu. “Arwah tidak sempat membawa kekasihnya yang berasal dari Bachok untuk bertemu kami sekeluarga kerana dia menerima arahan untuk menyertai operasi di Lahad Datu.

“Bagaimanapun, dia beritahu akan menyelesaikan segala urusan pertunangan dan perkahwinan selepas tamat operasi di sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang, dekat sini, semalam.

Rahmah berkata, dia mengetahui berita kematian anaknya pada daripada anak sulungnya, Ahmad Hilmi, 28, ketika memasak di dapur petang semalam selepas dimaklumkan dua anggota tentera yang datang ke rumah.

“Saya dimaklumkan arwah maut selepas terkena tembakan di muka. Ketika itu saya tiba-tiba rasa seperti melayang sebelum rebah ke lantai dapur kerana terkejut dengan berita itu.

“Patutlah malam kelmarin saya tidak boleh tidur nyenyak teringatkan arwah kerana rupa-rupanya kami akan kehilangannya buat selama-lamanya. - myMetro
Loading...

Related

Lahad Datu 6205999024790909592

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item