satusabah

Telur di hujung tanduk

Peribahasa: Telur Bagai telur di hujung tanduk Maksudnya: Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya. Or...


Peribahasa: Telur

Bagai telur di hujung tanduk
Maksudnya: Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya.


Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. Mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka seperti telur di hujung tanduk.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksudnya: Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya

Bagai gagak menggonggong telur
Maksudnya: Perempuan hodoh berpakaian elok.

Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung
Maksudnya: Sesuatu berita yang tidak seberapa hebat, menjadi bualan di seluruh tempat.

Walaupun hanya memenangi pertandingan badminton di peringkat sekolah namun berita kemenangan Ahmad itu tersebar ke seluruh negeri.

Telur dua sebandung, pecah sebiji pecah keduanya
Maksudnya: Mereka setia dengan pasangan dan berjanji sehidup semati. 

Telur enggang dieram merbuk
Maksudnya: Orang biasa beristeri bangsawan.

Telur hari ini lebih baik daripada anak ayam besok
Maksudnya: Untung kecil yang ada hari ini, lebih baik daripada untung besar yang belum tentu dapat esok.

Telur mengatakan timun tidak pandai duduk
Maksudnya: Mengatakan orang lain bodoh, padahal dia sendiri bodoh.

Berketak dulu sebelum bertelur
Maksudnya: Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan

Berketak ayam mandul, orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak
Maksudnya: Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.

Berketuk ayam dalam telur
Maksudnya: Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.

Bagai ayam mengeram telur
Maksudnya: Peri keelokan, merah muka seseorang.

Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak
Maksudnya: Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

Berketuk ayam dalam telur
Maksudnya: Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.
Loading...

Related

telur dihujung tanduk 891360543313060852

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item