satusabah

TERKINI Ops Daulat DARI LAHAD DATU 10 MAC 2013 (PART 2)

4.50 ptg - SIDANG Media PAT dan KDN - KPN menegaskan kepada media dan orang awam supaya menjauhkan diri atau tidak memasuki kawasan ...


4.50 ptg - SIDANG Media PAT dan KDN

- KPN menegaskan kepada media dan orang awam supaya menjauhkan diri atau tidak memasuki kawasan operasi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
4.40 - Sementara itu, di Semporna pihak keselamatan meneruskan siasatan dan serbuan telah dibuat di Kg. Perigi pada jam 6.30 pagi yang menghasilkan 4 lelaki dewasa ditangkap. 

- Pada 8.50 pagi, satu lagi serbuan dibuat di Batu 1.5 Jalan Semporna lama dan 2 lelaki dewasa ditangkap. Kesemua yang ditangkap ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

4.35 ptg - Pada jam 9.30 pagi tadi di Kampung Sungai Bilis, pasukan keselamatan telah menangkap sekumpulan manusia yang muncul dari belukar berdekatan (2 lelaki 3 wanita).

- ketika pemeriksaan dibuat ke atas 5 org ini , pihak keselamatan terdengar pergerakan dari arah belukar yang berhampiran dan demi keselamatan tembakan dilepaskan.

- Siasatan seterusnya mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an cedera di kaki dan seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan belasan tahun mati di tempat kejadian. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

- Sidang Media dibuat pada jam4.35 ptg tadi
3.15 ptg - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menambah kekuatan anggota dan kapal maritim sehingga 60 peratus di sepanjang perairan pantai timur Sabah ekoran insiden pencerobohan termasuk 5 Kapal Marin yang dihantar dari semenanjung - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan
Untuk rekod setakat ini APMM mempunyai 337 anggota dan 79 pegawai selain 24 aset APMM dalam mengawal perairan sepanjang kawasan berkenaan.

2.50 ptg - Sidang Media KPN dan ATM

- Jumlah Musuh Yang Terbunuh rasmi sehingga kini ialah 52 orang

- Kita perlu mengambil tindakan berhati-hati demi keselamatan anggota keselamatan kita - PAT

- Terima Kasih kepada PM kerana perihatin dan melawat sendiri anggota-anggota keselamatan yang meningkatkan semangat moral mereka - PAT

1.50 ptg - Gambar-gambar di lokasi Ops Daulat




1.10 ptg - Kekecohan tadi disebabkan soerang wartawan wanita ternampak penceroboh berpakaian hitam dan bersenjata berada dalam semak di Kg. Tanjung Labian. Wartawan itu ketika ini masih dalam ketakutan dan berada di Balai Polis Cenderawasih

Sumber : BB
Loading...

Related

terkini ops daulat 3719071277682351112

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item