satusabah

Zahid sanggah dakwaan hantar komando bunuh Kiram

Ahmad Zahid (kiri) menyemat pingat PJM kepada salah seorang bekas askar, Mashuri Hamidi di Bagan Datoh BAGAN DATOH - Menteri Pertahana...

Ahmad Zahid (kiri) menyemat pingat PJM kepada salah seorang bekas askar, Mashuri Hamidi di Bagan Datoh

BAGAN DATOH - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyanggah tohmahan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu, kononnya Malaysia akan membawa komando untuk membunuh beliau di Filipina.

Sebaliknya, Ahmad Zahid meminta Jamalul Kiram tidak perlu bimbang kerana Malaysia tidak akan menceroboh Filipina untuk melakukan pembunuhan di negara orang.

Beliau berkata, pihak tentera Malaysia tidak akan melakukan pekara jahat  seperti itu  dan sebaliknya  Jamalul melakukan pembunuhan di negara orang.

Kata beliau, Jamalul tidak perlu membuat ‘reverse psychology’ semata-mata untuk mendapatkan  simpati daripada penyokongnya kononnya komando daripada Malaysia akan masuk dan bunuh beliau.

“Jika ditakdirkan Jamalul Kiram dibunuh oleh orang lain, jangan pernah ada tuduhan mengatakan ianya dilakukan oleh pihak komando Malaysia.

“Kita tidak akan masuk ke negara orang untuk membunuh mana-mana pihak sepertimana didakwa oleh Jamalul Kiram,” tegas Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Hajah Tuminah, Kampung Sungai Nipah Darat dan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM serta Sumbangan kepada veteran warga Mas, balu-balu dan anak-anak yatim Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta kepada Jamalul untuk berhenti daripada menuntut Sabah, di samping menyuruh penyokong penganas Sulu itu berundur daripada negeri itu.

Katanya, Jamalul seharusnya menerima kenyataan kerana berdasarkan sejarah dan undang-undang, Jamalul tidak mempunyai hak langsung untuk menuntut mana-mana bahagian di Sabah.

Menurutnya, tuntutan Jamalul mengatakan  Sabah adalah hak sepenuhnya adalah tindakan sia semata-mata.

Beliau berkata, dalam pekara ini, Malaysia tidak berhasrat untuk membawa isu tuntutan Jamalul terhadap Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana kehendak rakyat Sabah ini telah dizahirkan menerusi pungutan suara Suruhanjaya Cobbold dan disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Mana-mana pihak luar dan dalam Sabah menceroboh negeri itu, mereka merupakan musuh negara kerana mereka tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong serta kedaulatan undang-undang  negara ini,” katanya. -SH
Loading...

Related

zahid hamidi 4321779464119407353

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item