satusabah

Kita akan menghadapi PRU 13 tidak lama lagi - Najib

Kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk memilih calon s...

Kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk memilih calon serta parti yang dirasakan layak untuk diberi kuasa mentadbir negara selama tempoh beberapa tahun. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini telah bekerja keras bagi memastikan suara rakyat itu dapat dinilai secara adil. Untuk itu, SPR telah memperkenalkan tiga inisiatif untuk memastikan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan dengan bebas dan adil.

Pertamanya, SPR telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan senarai pemilih yang berdaftar tepat serta sentiasa dikemaskini agar tidak timbul soal penipuan dan pengundi hantu. Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam senarai undi yang telah didaftarkan.

Keduanya, SPR juga telah mula membenarkan undi pos kepada rakyat Malaysia dan ini merupakan satu sejarah baru di negara kita. Ini antara lain memberi kelayakan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dari Australia dan United Kingdom hinggalah ke China serta Qatar untuk mengundi. Rakyat Malaysia di negara ini yang mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh mengundi lebih awal.

Ketiga, penggunaan dakwat kekal juga diperkenalkan untuk mereka yang keluar mengundi. Dakwat kekal itu diperkenalkan bagi membezakan mereka yang telah keluar mengundi mahupun yang masih belum melakukannya bagi mengelakkan undi berganda.


Kesemua insiatif itu adalah sebahagian daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sebagai pemimpin politik juga, saya telah melaksanakan peranan apabila menandatandangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International baru-baru ini dan saya juga akan memastikan setiap calon Barisan Nasional juga menandantangani ikrar yang sama.

Kini, semuanya terserah kepada anda untuk menghadapi musim pilihan raya yang bakal tiba. Mari maju ke hadapan bersama.

Loading...

Related

PRU 13 3919877411722688830

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item