satusabah

Lima lelaki direman sebab culik Julie Diana

Lima lelaki diperintah reman seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi membantu siasatan kes culik deejay radio Best 104,...



Lima lelaki diperintah reman seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi membantu siasatan kes culik deejay radio Best 104, Julie Diana Omar Shariff, 34.

Majistret, Maslinda Selamat mengeluarkan perintah berkenaan ke atas lima lelaki berusia antara 16 hingga 21 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan kes berkenaan.

Kelima-lima suspek ditahan bermula semalam sehingga 8 Oktober ini manakala dua lagi suspek yang ditahan Ahad lalu direman hingga 7 Oktober ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, kelima-lima suspek ditahan di sekitar negeri ini pada jam 2 pagi semalam.

“Kami masih mengesan empat lagi suspek yang dipercayai dapat membantu polis dalam menyelesaikan kes terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
Dalam kejadian jam 1 pagi Sabtu lalu, Julie yang popular dengan panggilan JD diculik dan diugut dibakar hidup-hidup 10 lelaki di Lebuh Raya Pesisir Pantai, berhampiran Tune Hotel, di sini.

JD dikatakan diculik kerana tidak membalas cinta seseorang. Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek pada Ahad lalu.

Hashim berkata, siasatan awal mendapati, motif penjenayah berkenaan bukan untuk membunuh mangsa sebaliknya lebih kepada motif dendam dan marah.

Menurut Hashim, personaliti yang popular dengan segmen Melodi Senja dan Variasi itu diminta usah bimbang keselamatan dirinya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, JD ketika dihubungi berkata, dia masih trauma dan tidak mampu melelapkan mata kerana suara penjenayah yang menculiknya sering terngiang-ngiang di telinga.

“Saya fobia memandu sendirian dan kini berehat sebulan. Majikan saya memberi sokongan moral dan melawat saya,” katanya.
Loading...

Related

selebriti 8609889274437694560

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item