satusabah

Muzik-Muzik 28 (MM28) 2013

Muzik-Muzik 28 telah diumumkan dan dijadualkan bersiaran di TV3 pada setiap sabtu jam 5:00 petang dengan AG HotFM dan Scha Alyahya sebagai ...

Muzik-Muzik 28 telah diumumkan dan dijadualkan bersiaran di TV3 pada setiap sabtu jam 5:00 petang dengan AG HotFM dan Scha Alyahya sebagai duet pengacara. Muzik-Muzik 28 tampil dengan logo program baru dan episod pertama bakal disiarkan bermula 2 Februari, 2013.

"Muzik-Muzik 28, wajah baru, segmen baru, panas dan berinformasi". Antara segmen yang bakal diketengahkan dalam muzik-muzik 28 2013 ialah:
1. Pencalonan Lagu (carta mingguan)
2. Buzz-Buzz (info konsert)
3. Gossip Fifi (berita industri muzik Malaysia)
4. Hot (Gambar & photoshoot)

Gambar AG HotFM & Scha Alyahya di depan logo TV3 Sri Pentas untuk segmen Muzik-Muzik 28:



Logo baru Muzik-Muzik 28

Muzik Muzik 28, Webmaster TV3, 14/02/2013 10:38:00

Petaling Jaya, 31 Januari 2013 – Popular dengan paparan carta lagu tempatan dan persembahan artis yang menarik, program hiburan popular TV3, Muzik Muzik kini berwajah baru dengan gandingan hos, AG dan Scha Al Yahya bermula 2 Februari 2013, setiap hari Sabtu dari jam 5.00 hingga 6.00 petang.

Jika sebelum ini Azwan Ali, Aidil Abdul Ghafar, Faizal Ismail, Cheryl Samad, ND Lala, Charmaine Augustine, Adzriefaiz dan Chad merupakan beberapa nama gah yang pernah ditampilkan, nantikan pula gandingan sulung penyampai radio, AG dengan pelakon popular Scha Al Yahya yang dipertemukan untuk membawa kelainan dalam program hiburan yang kini memasuki musim ke-28.

Muzik Muzik yang bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi pengiktirafan kepada penulis lirik dan penggubah lagu kini tampil dengan imej lebih hip dan bertenaga supaya terus kekal relevan dalam perkembangan arus muzik terkini yang memperlihatkan kemunculan pemuzik muda yang mampu bersaing dengan penggiat muzik yang sedia ada. 

Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9 berkata, “Program Muzik Muzik merupakan salah sebuah program TV yang terawal diterbitkan oleh TV3. Saban tahun, kami berusaha menyuntik elemen-elemen baru supaya populariti Muzik Muzik kekal bertahan. Sejak diperkenalkan, Muzik Muzik berjaya muncul sebagai rujukan kepada perkembangan terkini dalam industri muzik. Acara kemuncaknya iaitu Anugerah Juara Lagu merupakan suatu fenomena besar yang telah mengangkat nama-nama penggiat muzik seperti Manan Ngah, Francissa Peter, Zaiton Sameon, Datuk M. Nasir, Habsah Hassan, Pak Ngah, Datuk Siti Nurhaliza, Adnan Abu Hassan, Ajai, Misha Omar, Adibah Noor sehinggalah generasi baru iaitu Meet Uncle Hussain, Jaclyn Victor, Ana Raffali, Aizat, Black, Lan & The Typewriter, Yuna dan ramai lagi. Oleh itu, kami sentiasa mengambil inisiatif untuk memperbaiki dan memperkenalkan segmen baru dalam Muzik Muzik supaya sentiasa tampil dengan paparan segmen yang lebih mantap. ”

Masih mengekalkan carta lagu 20 lagu terbaik dan pencalonan lagu-lagu baru pada setiap minggu, Muzik Muzik 28 (MM 28) membawakan konsep ‘infotainment’ dalam berkongsi perkembangan terkini industri muzik di dalam dan luar negara pada setiap minggu menerusi beberapa segmen baru seperti Bzzz Bzzz, HOT dan Gosip Fifi. 

Selain aktiviti-aktiviti hiburan yang berlaku sepanjang minggu di dalam negara seperti pelancaran album, pembikinan video muzik, rakaman lagu baru, konsert dan juga acara anugerah, MM 28 juga memaparkan perkembangan terkini dan aktiviti hiburan artis luar negara.

Hos program akan membawa watak Fifi dan bercerita tentang 5 perkara atau gosip yang paling hangat mengenai artis dan industri hiburan. Fifi juga akan menemuramah artis yang berkenaan untuk mendapatkan komen beliau. 

Kru produksi Muzik Muzik juga akan terjah ke rumah artis-artis popular untuk ‘mengintai’ aktiviti yang dilakukan oleh mereka ketika bersantai. Apakah beliau mempunyai hobi yang gemarkan koleksi barang yang unik dan menarik? Lebih menarik, jangan ketinggalan untuk menyaksikan tayangan klip terpilih dari laman maya You Tube yang mencetuskan fenomena di kalangan penggunanya dengan catatan jumlah tontonan yang paling tinggi sepanjang minggu itu. 

Selain artis yang menjadi tumpuan para peminat, pernahkah anda terfikir tentang rutin harian pengurus artis yang sibuk menguruskan jadual mereka? Apakah sebenarnya tugas dan cabaran bagi seseorang pengurus artis, pereka fesyen, juru solek, penggubah lagu, penulis lirik lagu dan pemuzik yang juga merupakan penggiat seni yang aktif? Saksikan rutin mereka yang akan dimuatkan dalam MM 28 pada setiap bulan. 

Saksikan wajah baru Muzik Muzik 28 yang menampilkan gandingan hos AG dan Scha pada setiap hari Sabtu jam 5.00 – 6.00 petang mulai 2 Februari 2013. Muzik Muzik 28 terbitan Primeworks Studios diketuai oleh Puan Khalijah Mohamed selaku penerbit eksekutif dan Azman Ghaffar sebagai penerbit program. Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan ‘Muzik Muzik 28’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. 

Loading...

Related

tv3 1817116767749945994

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item