satusabah

Penyokong Perancis ditahan Polis Indonesia

Salah faham bendera, 17 ditahan AMBON, Indonesia 4 April - Polis di timur Indonesia menahan 17 penyokong pasukan bola sepak Perancis w...


Salah faham bendera, 17 ditahan

AMBON, Indonesia 4 April - Polis di timur Indonesia menahan 17 penyokong pasukan bola sepak Perancis warga tempatan kerana menyangka mereka mengibarkan bendera gerakan pemisah yang diharamkan.

Jurucakap polis, Istanto berkata, kesemua lelaki tersebut yang merupakan pelombong emas haram di Pulau Buru di Kepulauan Maluku sebenarnya mengibarkan bendera Perancis berikutan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara negara itu dan Sepanyol ketika ditahan pada minggu lalu.

"Polis keliru dengan warna bendera Perancis yang seakan-akan serupa dengan bendera Republik Maluku Selatan (RMS) yang melancarkan gerakan pemisah.

"Kesemua lelaki itu ditahan semalaman di lokap sehingga polis mengesahkan bendera itu merupakan bendera Perancis," katanya semalam. - AFP
Loading...

Related

Republik Maluku Selatan 3620249841466577673

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item