satusabah

Perjuangan menentang Osman Jamal bermula

KINABATANGAN : Atas kegembiraan bagi kemenangan Perbicaraan Kes tanah seluas 5,000 ekar yang dipohon sejak 1998 di Kampung Semarak Jaya, ...

KINABATANGAN : Atas kegembiraan bagi kemenangan Perbicaraan Kes tanah seluas 5,000 ekar yang dipohon sejak 1998 di Kampung Semarak Jaya, Sungei Pin yang dikendalikan dua orang peguambela dan peguamcara iaitu Chang & Kamarudin Co dan Kan Yong & Co pada 19 Mac 2013 lalu telah diraikan dalam Majlis Kenduri Kesyukuran Sempena Kemenangan Perbicaraan tersebut.

Majlis kenduri anjuran penduduk kampung tersebut telah dihadiri lebih 500 penduduk termasuk Pengerusi PAS Cawangan Batu Putih, Haji Adhah Hj Sulaiman dan beberapa orang pemimpin Kanan Parti Pakatan Rakyat Kinabatangan.

Menurut Hj Adhah, selaku Ketua Pemohon tanah seluas 5,000 ribu ekar itu bahawa tanah yang dipohon pada tahun 1998 oleh seramai 500 orang pemohon; dan dalam masa yang sama Samudra juga memohon tanah di tempat yang sama pada tahun 1999.

“Disebabkan permohonan kami yang lebih awal daripada Borneo Samudera telah diterima pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah mengeluarkan geran kepada para pemilik tanah tersebut.

"Namun tiba-tiba geran-geran kami dibatalkan oleh pihak Jabatan Tanah Dan Ukur dan diberikan kepada Borneo Samudra," ujar Haji Ahdah yang akhirnya membawa kes berkenaan ke mahkamah kerana ada 'lanun kolar putih' di Jabatan Tanah dan Ukur.

Haji Adhah berkata demikian ketika berucap di majlis Kenduri Kesyukuran bagi menyambut kemenangan perbicaraan Kes Tanah di Kampung Semarak Jaya Sungei Pin yang diadakan secara besar-besaran di kediaman beliau, di sini, kelmarin.

“Saya bagi pihak pemilik tanah seramai 500 orang di Kampung Semarak Jaya Sungei Pin, mencabar Borneo Samudera untuk menyaman kami pada bila-bila masa sahaja kerana dengan tindakan Borneo Samudera pemimpin dan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Kinabatangan;

"Maka Sukau akan kehilangan undi seramai 500 orang ditambah pula dengan Kes Tanah di Koyah A Fasa I, II dan III seramai 400 orang juga disebabkan tindakan Osman Jamal yang bersekongkol dengan Bagus Maju Bhd; maka mereka bulat-buat menolak BN/UMNO pada PRU 13 ini nanti," kata Haji Ahdah seperti melepaskan anak panah daripada busur.

Walaupun mereka menang dua kali perbicaraan kes tanah ini dan tidak mendapat walau satu daripada Borneo Samudera, tetapi kata Haji Ahdah, mereka amat bersyukur kerana dapat memajukan tanah masing-masing.

BONGKAR...Hj Adhah membongkar sifat kebencian Osman Jamal kepada KDM, Orang Sungai dan Iban amat ketara sekali.

Kata Haji Ahdah lagi, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas PRU 13 ini, orang yang pertama mereka cari ialah Datuk Osman Jamal dan yang kedua ialah Pengurus Bornae Samudera.

"Kami tahulah macam mana kami mahu ajar mereka ini kerana sudah lama berdendam atas kezaliman mereka ini terhadap ahli Pakatan Rakyat di seluruh Sabah. Osman Jamal terlalu menindas dan menzalimi rakyat tempatan, terutama sekali orang Sungai, bukan saja di Kinabatangan, bahkan di kawasan lain," kata Haji Ahdah.

Sebagai contoh, kata Haji Ahdah, di kawasan Kalabakan, kebanyakan tanah milik orang Dusun dan Iban habis ranap dan diserahkan kepada Kerajaan Melaka.

"Lebih daripada 10 ribu ekar ini semuanya perbuatan Osman Jamal yang tidak memperdulikan rakyat Sabah,” ujarnya.

Kata Hj Adhah lagi, kebencian terhadap Osman Jamal kepada Masyarakat Iban, KDM (Kadazan-Dusun dan Murut) termasuk bangsa Sungai amat ketara sekali, namun menguntungkan Pakatan Rakyat kerana rakyat tertindas sudah pasti akan membalas dendam pada PRU-13.

"Kami di Pakatan Rakyat bukan sahaja di Sabah, bahkan di seluruh pelusuk Malaysia menyokong perbuatan kejam Osman Jamal kerana amat mudah bagi Pakatan Rakyat mendapat undi untuk membentuk Kerajaan Baru. Terima Kasih Osman Jamal," kata Haji Ahdah dengan nada sinis. - Sabahkini
Loading...

Related

tanah adat 6962602038435139064

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item