satusabah

Taman Pertanian Sabah. Tenom

Taman Pertanian Sabah Berpotensi Jadi Produk Ekopelancongan Bertaraf Dunia Taman Pertanian Sabah di Tenom, yang mempunyai sekitar...

Taman Pertanian Sabah Berpotensi Jadi Produk Ekopelancongan Bertaraf Dunia

Taman Pertanian Sabah di Tenom, yang mempunyai sekitar 350 spesis orkid hutan, berpotensi menjadi produk ekopelancongan bertaraf dunia, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata keunikan dan kepelbagaian spesis orkid berasaskan 'hutan' itu, yang mungkin tidak ada di negara lain, dengan sendirinya menjadi 'niche' untuk Taman Pertanian Sabah, sekali gus membantu memajukan lagi industri pelancongan di Sabah.

Taman Pertanian Sabah, yang terletak di Lagud Sebrang kira-kira 12 kilometer dari pekan Tenom, mempunyai beberapa taman termasuk Muzium Taman Hidup, Taman Orkid, Ternakan Madu Lebah, Taman Evolusi, Taman Buah-Buahan dan Taman Kaktus.

"Saya percaya, jika ada promosi yang bersepadu, jumlah pelancong yang mengunjungi Taman Pertanian Sabah akan bertambah," katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerja tiga hari ke negeri ini. Sebelum itu, Ng melawat Kota Marudu, Sandakan dan Tenom.

Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Pelancongan akan mengatur pelbagai strategi bagi mempromosi taman berkenaan, sekali gus meletakkannya dalam peta pelancongan dunia. Sebagai permulaan, kementerian akan memperuntuk RM100,000 bagi mengadakan Pesta Orkid Asas Hutan pada tahun depan. - Bernama
Loading...

Related

Kota Marudu 8929575307508922131

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item