satusabah

22 WANITA MANGSA PEMERDAGANGAN DISELAMATKAN POLIS

LAHAD DATU: Seramai 22 wanita warga Filipina berusia 18 hingga 30 tahun yang dipercayai mangsa kegiatan pemerdagangan manusia diselamatk...

LAHAD DATU: Seramai 22 wanita warga Filipina berusia 18 hingga 30 tahun yang dipercayai mangsa kegiatan pemerdagangan manusia diselamatkan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan, di Jalan Dam, dekat sini, kelmarin. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya lagi.

Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, kesemua mangsa yang dipercayai telah dieksploitasi bekerja sebagai pekerja seks diselamatkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Lahad Datu dan D7 JSJ dari Ibu Pejabat Polis Kepayan (IPK) Sabah.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Shamsudin Mat berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam berhubung kegiatan pemerdagangan manusia di premis itu.

“Selepas mengumpulkan semua maklumat, pihak polis melakukan risikan dan intipan di premis berkenaan yang dijalankan selama beberapa minggu sebelum membuat serbuan di pusat hiburan itu.

“Polis berjaya menyelamatkan kesemua wanita yang dipercayai dieksploitasi sebagai mangsa hamba seks di pusat itu dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang bertindak sebagai penjaga dan penyelia di pusat hiburan tersebut,” katanya di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut Shamsudin berkata, siasatan awal terhadap kesemua wanita tersebut mendapati kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Sehubungan itu katanya semua mangsa dan tangkapan dibawa balik ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

SUMBER : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/76857

Related

Warga filipina 4648758423163664872

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item