satusabah

35 ditahan dalam Ops Cantas di Pulau Pondu, Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Kinabalu menahan 35 individu atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di Pulau Pon...

KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Kinabalu menahan 35 individu atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di Pulau Pondu, berdekatan Pulau Gaya di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, daripada jumlah itu, 20 didapati positif dadah termasuk tiga suspek lelaki berusia 30an yang dikehendaki polis kerana disyaki pengedar dadah di sekitar Pulau Gaya dan dua suspek jenayah samun serta curi.


"Individu yang selebihnya dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya kepada pemberita selepas operasi dokumentasi terhadap lebih 400 penduduk di Pulau Pondu, di sini hari ini.

Jauteh berkata polis juga mengenal pasti struktur rumah yang akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang telah meletakkan 66 notis selama tujuh hari terhadap rumah terlibat.

Operasi khas fasa pertama selama lima jam itu melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera parah selepas terkena tembakan rakan sendiri ketika mengambil senjata di Pondok Polis Kawasan (PPK), Hospital Queen Elizabeth II, Luyang, pada kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Jauteh berkata mangsa, Konstabel Richi Belo anak Asing, 25, berasal dari Sarawak kini dalam keadaan stabil dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Ketika kejadian mangsa bersama seorang rakan berpangkat koperal mengambil senjata di stor senjata untuk memulakan tugas di pondok itu dan berdasarkan pemeriksaan awal doktor, kecederaan mangsa tidak mengenai apa-apa organ dalaman," katanya.

Menurutnya, rakan setugas mangsa, seorang anggota polis berpangkat korporal ditahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan. - BERNAMA 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/35ditahandalamOpsCantasdiPulauPondu_KotaKinabalu/Article/?mutakhir=1
Loading...

Related

semasa Sabah 3372692425450956709

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item