satusabah

600 sekolah uzur di Sabah

KOTA KINABALU 24 April - Kira-kira 600 buah sekolah menengah dan rendah di negeri yang dibina sejak tahun 1980-an telah uzur dan amat me...

KOTA KINABALU 24 April - Kira-kira 600 buah sekolah menengah dan rendah di negeri yang dibina sejak tahun 1980-an telah uzur dan amat memerlukan bantuan kewangan segera untuk dinaik taraf dan dibina bangunan baharu.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan sebanyak RM500 juta daripada kerajaan Pusat bagi memenuhi keper­luan berkenaan dan dana kewangan itu dijangka diperolehi dalam masa terdekat.

“Sebaik sahaja kita memperolehinya, bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah tersebut akan kita salurkan. Keseluruhannya terdapat 1,071 buah sekolah menengah dan rendah di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, di Dewan Sa'adah Wisma MUIS di sini hari ini.

Tambah Jame, pihaknya juga telah menerima surat daripada Kementerian Pendidikan yang membolehkan Pengarah Pendidikan negeri untuk meluluskan permohonan dana kewangan kepada sekolah-sekolah di negeri ini.

Dalam perkembangan berasingan beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua pengetua dan guru besar di negeri ini supaya mengenal pasti kawasan-kawasan sekitar sekolah mereka yang boleh mengundang bahaya kepada pelajar.

Katanya, langkah itu penting bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku yang dikhuatiri boleh membahayakan nyawa pelajar termasuk para guru.

Dalam kejadian 21 April lalu, seorang murid Sekolah Kebangsaan Sacred Heart di sini, Huguan Isaac, 10, berhadapan detik cemas apabila pipinya tertusuk besi sepanjang satu meter.

Ditanya mengenai pembiayaan perubatan murid berkenaan, Jame berkata, mereka ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans.

“Semua pelajar di negeri ini iaitu seramai 500,000 orang dilindungi oleh insurans Takaful. Namun kita sedia membantu keluarga mangsa sekiranya mereka memerlukan bantuan lain," katanya.

Sumber Se: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20140425/wb_02/600-sekolah-uzur-di-Sabah#ixzz2zw8rpBaD

Loading...

Related

terkini 7882229406767508765

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item