satusabah

Ampai-ampai crew kembali digemari

Ady Maldin - Boss KKFM Ternyata keputusan Ady Maldin guna semula formula Ramlix di Ampai-Ampai Crew yang keudara setiap isnin hingga ju...

Ady Maldin - Boss KKFM
Ternyata keputusan Ady Maldin guna semula formula Ramlix di Ampai-Ampai Crew yang keudara setiap isnin hingga jumaat di radio KKFM 91.1mhz menjadi apabila stesen itu kembali diminati ramai khususnya oleh pendengar sekitar kota kinabalu dan pendengar on-line. 

Pengurus radio KKFM, Ady Maldin yang merupakan bekas penyampai di Sabah fm yang kemudiannya berpindah ke KLfm dan Muzik fm memulakan formula Ramlix ( DJ Ramli carlo & DJ Felix agus af3 ) sekitar Julai 2010 setelah meninggalkan stesen lamanya. 

Selepas itu Ampai-Ampai Crew melalui celoteh Ramli dan felix mula di minati ramai hampir dua tahun selepas itu. 

Januari 2012 Ramli dan Felix beralih ke waktu pagi namun hanya kekal beberapa bulan dan felix terpaksa kembali ke siaran waktu petang dan. 

Ramli kekal di sebelah pagi. Tanggal 1 Feb 2014 Ady menggunakan semula khidmat Felix dan Ramli di Ampai-Ampai Crew dan di tambah pula dgn kehadiran DJ Othoe telah menjadikan KKFM kini semakin di minati ramai. 

Rata-rata peminat yang ditemui mengakui terhibur dengan telatah Ramli Felix di sebelah petang Othoe di sebelah pagi. 

Peminat juga menyarankan kepada KKFM supaya membaiki kejelasan mutu siaran dan liputan supaya mereka boleh mengikuti stesen KKFM di mana sahaja. 

Selain perkongsian info dan lagu- lagu yang diputarkan, peminat juga terhibur dengan berpuluh puluh karakter ciptaan Ramli dan Felix ( antaranya ketua kampung, guru besar, martina, kantung, antuni, dan ramai lagi ) yang sangat mencuit hati pendengar.

Related

ramli carlo 6409037558385858736

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item