satusabah

Anggota polis didakwa terima rasuah RM590

KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah...


KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM590 untuk melepaskan seorang penagih dadah, tahun lepas.

Tertuduh, Ridzuan Kunchin, 32, dari Cawangan Narkotik Balai Polis Daerah Raub bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad itu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima suapan sebanyak RM290 daripada seorang penagih dadah sebagai dorongan untuk mengubah keputusan ujian air kencing suspek tersebut yang positif dadah jenis morfin.

Tertuduh dari Kampung Sega Lama, Raub, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ulu Renggol Sega, Raub, pada pukul 8.30 malam, 31 Okt 2013.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima wang RM300 daripada seorang lelaki untuk tidak menuduh suspek yang sama mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di lokasi yang sama, antara pukul 6 petang dan 7.30 malam, 2 Nov 2013.

Bagi dua kesalahan itu, Ridzuan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah SEksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang paling tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Syafinas Shabudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nik Nasimah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan tarikh 6 Mei ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. -- Bernama
Loading...

Related

rasuah 6080213772115240172

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item