satusabah

Bayi lelaki ditemui dalam tong sampah

KLANG - Seorang bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Lorong Lebuh Pulau Pinang 2 Off Jalan Meru di sini hari ini. Ketua Polis Daera...

KLANG - Seorang bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Lorong Lebuh Pulau Pinang 2 Off Jalan Meru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, bayi itu yang dianggar berusia lebih seminggu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi tadi.

"Bayi itu ditemui dibalut dengan beg plastik sampah berwarna hitam. Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan pada bayi itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut.

"Kawasan tempat bayi dibuang itu ialah bangunan rumah kedai empat tingkat, lokasi itu juga kawasan perniagaan yang bercampur dengan rumah kediaman," katanya.

Mohd Shukor berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama
Loading...

Related

pembuangan anak 6807909968480896226

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item