satusabah

Budak 7 tahun derma organ kepada ibu

Pada usia 34 tahun, Zhou Lu sudah mengalami dua kali kegagalan buah pinggang dan peluang untuk hidup agak tipis. Bagaimanapun, wanita ...


Pada usia 34 tahun, Zhou Lu sudah mengalami dua kali kegagalan buah pinggang dan peluang untuk hidup agak tipis.

Bagaimanapun, wanita itu berpeluang meneruskan hidup apabila menerima buah pinggang baharu daripada anak lelakinya, Chen Xiaotian, 7, yang menderma organ untuk ibu kesayangannya.
Zhou Lu menerima organ itu selepas dua hari Xiaotian meninggal dunia akibat kanser otak.

Dua lagi organ Xiaotian turut didermakan dan membantu menyelamatkan nyawa dua individu lagi.

Zhou Lu dari wilayah Hubei, China, berkata beliau hanya menerima buah pinggang anaknya selepas keluarga memujuknya beberapa kali.

“Saya akui keputusannya menerima organ yang didermakan oleh Xiaotian adalah keputusan pilihan yang paling sukar buat diri saya. Organ anak saya bukan saja dipindahkan kepada saya, tetapi juga orang lain,” katanya.

Zhou Lu kini kian pulih selepas mengetahui memiliki buah pinggang anaknya.

Sumber : http://www.bharian.com.my

Related

Info Semasa 9210176899492751351

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item