satusabah

David Moyes dipecat

MANCHESTER (UK): David Moyes dipecat sebagai pengurus Manchester United hari ini selepas prestasi merudum gergasi bola sepak itu sejak 10 ...


MANCHESTER (UK): David Moyes dipecat sebagai pengurus Manchester United hari ini selepas prestasi merudum gergasi bola sepak itu sejak 10 bulan lalu.

United menyiarkan kenyataan ringkas menerusi laman web rasminya menyatakan Moyes meninggalkan kelab berkenaan dan mengucapkan terima kasih atas kerja keras, kejujuran dan integriti sepanjang berkhidmat sebagai pengurus.

Pengurus dari Scotland berusia 50 tahun itu dipecat oleh Naib Pengerusi United Ed Woodward ketika mesyuarat di pusat latihan Carrington.

Tiada pengumuman mengenai pengganti Moyes namun media British melaporkan legenda kelab, Ryan Giggs bakal mengambil alih buat sementara waktu.

Jurulatih Belanda, Louis van Gaal dan jurulatih Borussia Dortmund, Juergen Klopp menjadi pilihan untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus United.

http://www.hmetro.com.my/articles/DavidMoyesdipecat//Article?BeritaUtama

Related

sukan antarabangsa 1852055887827818291

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item