satusabah

DBKK lanjutkan Program Bulan Pengampunan Caj 'Parking'

KOTA KINABALU 12 April - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melanjutkan program bulan pengampunan bayaran caj letak kereta yang sepa...


KOTA KINABALU 12 April - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melanjutkan program bulan pengampunan bayaran caj letak kereta yang sepatutnya berakhir 8 April lalu kepada hujung bulan ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Ma­dingkir berkata, lanjutan itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai terutama yang mempu­nyai tunggakan tinggi untuk melunaskan segala hutang yang dimiliki termasuk membuat rundingan tentang kaedah pembayaran.

Beliau berkata, ekoran lanjutan itu, cadangan pe­lak­sanaan tindakan pemulihan terhadap Tunggakan Caj Letak Kereta tidak berbayar melalui pengeluaran Notis Tuntutan dan Saman Pembayaran di Mahkamah Bandaraya, yang sepatutnya bermula pada 1 April lalu, hanya akan berkuat kuasa pada 1 Mei ini.

“Sepanjang tempoh pengampunan ini, diskaun sebanyak 100 peratus diberikan kepada orang awam yang penyata letak kereta mereka berakhir setakat 30 Mac tahun ini.

“Selepas tempoh pengampunan, mereka yang telah menerima Notis Pembayaran hanya akan diberikan diskaun 80 peratus daripada jumlah bayaran atau penalti dan sebarang rayuan tidak akan diterima," kata Abidin dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat DBKK Holdings' Car Park Management di talian 088-270181/270182, atau e-mel ke general.dbkkholdings@gmail.com.

Sumber :
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20140413/wb_02/DBKK-lanjut-bulan-pengampunan-caj-letak-kereta#ixzz2z14wzCVr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Loading...

Related

Kota Kinabalu 3279161098686625923

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item