satusabah

Dua individu tipu RM1.5 juta diberkas

Kota Kinabalu: Dua individu termasuk seorang wanita diberkas polis selepas melakukan penipuan dengan menjual projek pembinaan serta penj...

Kota Kinabalu: Dua individu termasuk seorang wanita diberkas polis selepas melakukan penipuan dengan menjual projek pembinaan serta penjualan lot banglo dengan harga murah dalam serbuan di sebuah premis di Karamunsing Capital, di sini, Khamis lalu.

Kedua-dua suspek berusia 47 dan 48 tahun diberkas polis pada jam 12.55 tengah hari bersangkut 17 laporan polis membabitkan kerugian lebih RM1.5 juta.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, hasil serbuan itu, polis juga merampas tiga set komputer, buku akaun bank, telefon bimbit, serta dokumen yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.

"Mondus operandi suspek terbabit adalah membuat iklan di akhbar-akhbar tempatan di negeri ini mengenai projek pembinaan serta penjualan lot-lot banglo yang akan dilaksanakan di Sabah dengan harga yang murah.

"Setakat ini, seramai 76 pelanggan membuat pembayaran deposit dengan nilai kerugian lebih RM1.5 juta," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel Lelaki dan Wanita Cina, di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuaindividutipuRM1_5jutadiberkas/Article/index_html
Loading...

Related

penipuan 2076458729383952917

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item