satusabah

Empat suspek rompak emas RM30,000 ditahan

DIRAMPAS: Kereta Viva yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah rompak. Suspek rompak rantai emas ahli perniagaan ditahan reman...

DIRAMPAS: Kereta Viva yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah rompak.

Suspek rompak rantai emas ahli perniagaan ditahan reman lima hari bermula semalam

SIBU: Polis berjaya menahan empat lelaki awal pagi semalam, dipercayai merompak rantai emas bernilai RM30,000 milik seorang ahli perniagaan berusia 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi semalam mengesahkan kes terbabit.

Bertindak selepas menerima laporan kes, Mohd Kamal berkata, polis berjaya menahan semua suspek di rumah mereka dan merampas sebuah kereta Viva dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah.

Beliau memberitahu, semua suspek yang berusia antara 21 tahun hingga 41 tahun itu kini ditahan reman selama lima hari bermula semalam.

Polis juga masih menyiasat rantai emas yang hilang itu.

Dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang Sabtu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Wong bersama ibunya tiba di depan pagar rumah di Jalan Nan Sang di sini.

Ketika mangsa sedang membawa barang milik ibunya, dia didatangi tiga lelaki bertopeng yang mengarahkan mangsa menyerah rantai emasnya.

Bimbang akan keselamatan diri, Wong menyerahkan rantai emasnya sebelum suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta.

Mangsa kemudian membuat laporan polis bagi siasatan lanjut.

Bertindak atas laporan mangsa, polis berjaya menahan empat suspek bagi membantu siasatan.

Sumber : http://www.theborneopost.com/2014/04/28/empat-suspek-rompak-emas-rm30000-ditahan/#ixzz308km78XX

Related

Sarawak 4427248805684090410

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item