satusabah

Feri Karam di Korea Selatan : Penolong pengetua yang selamat ditemui mati gantung diri

Penolong pengetua sebuah sekolah tinggi yang berjaya diselamatkan daripada feri karam di Korea Selatan ditemui mati pada Jumaat, diperca...

Penolong pengetua sebuah sekolah tinggi yang berjaya diselamatkan daripada feri karam di Korea Selatan ditemui mati pada Jumaat, dipercayai membunuh diri.

Polis di pulau Jindo berkata mayat Kang Min-Kyu yang berusia 52 tahun ditemui berdekatan sebuah gimnasium di mana keluarga 268 mangsa yang masih hilang ditempatkan.

"Punca kematian masih disiasat," kata polis kepada AFP.

Agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan polis berkata mangsa ditemui menggantung diri di sebuah pokok.dipercayai membunuh diri.

Seramai 475 orang berada di dalam feri tersebut sewaktu ia karam pada pagi Rabu, 352 orang daripadanya ialah pelajar Sekolah Tinggi Danwon di Ansan selatan Seoul.

Mereka dalam perjalanan untuk bercuti di destinasi percutian popular di pulau Jeju.

Penolong pengetua itu merupakan salah seorang daripada 179 orang yang berjaya diselamatkan.

Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/penolong-pengetua-yang-selamat-ditemui-mati-gantung-diri-34172?cp
Loading...

Related

Feri Karam di Korea Selatan 1331060522840256648

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item