satusabah

Gambar Gempa Bumi Chile 02/04/2014 Walaupun tiada Tsunami, 5 orang terbunuh

Santiago: Satu gempa bumi dengan magnitud 8.2 melanda pantai Pasifik Chile semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya lima terbunuh ketik...


Santiago: Satu gempa bumi dengan magnitud 8.2 melanda pantai Pasifik Chile semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya lima terbunuh ketika ombak tsunami lebih dua meter membadai pantai.

Penduduk yang panik membanjiri jalan raya selepas pihak berkuasa mengarahkan mereka berpindah ke tempat tinggi, manakala Presiden, Michelle Bachelet mengisytiharkan bahagian utara Chile yang dilanda gempa sebagai zon bencana.
“Lampu jalan rosak, orang ramai lari ketakutan. Selepas gempa bumi ada beberapa gempa susulan,” kata penduduk, Veronica Castillo dari Arica, di utara Santiago.


“Tentera dihantar ke kawasan terbabit untuk menjaga keamanan dan mengelak berlaku kecurian,” katanya.

Di utara bandar raya Iquique, yang hampir dengan pusat gempa, kira-kira 300 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di tengah huru-hara akibat gempa bumi selama dua minit itu.

Gempa melanda jam 8.46 malam waktu tempatan dengan kedalaman 10 kilometer, 83 kilometer dari Iquique di pantai utara Chile, kata Pusat Geologi Amerika Syarikat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii mengeluarkan amaran kepada penduduk yang tinggal di sepanjang lebih 4,800 kilometer kawasan pantai di Selatan dan Amerika Tengah.
Katanya ombak setinggi lebih dua meter terjadi akibat gempa terbabit.

Menteri Dalam Negeri Chile, Rodrigo Penailillo berkata sekurang-kurangnya lima penduduk terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Beliau berkata, amaran tsunami berkenaan akan berakhir untuk sekurang-kurangnya enam jam.


80 peratus bandar bergelap

Pengarah agensi bantuan bencana ONEMI, Ricardo Toro berkata gempa tidak mengakibatkan kerosakan teruk.

Namun, gempa berkenaan menjejaskan menara kawalan di lapangan terbang Iquique, manakala bekalan elektrik terputus di Arica menyebabkan 80 peratus bandar terbabit bergelap.

Berikutan arahan berpindah itu, Ecuador dan Peru turut mengeluarkan amaran yang sama.

Ecuador bagaimanapun, mengurangkan tahap amarannya tetapi tetap berada di peringkat tinggi berwaspada terutama di Pulau Galapagos di Pasifik.

Gegaran turut dirasakan di Bolivio dan gempa juga disusuli dengan gempa susulan sekuat 6.2 skala Richter. - AFP

Loading...

Related

gempa bumi 546005520144648235

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item