satusabah

GEMPAR : Pekerja Jumpa BOM

KOTA KINABALU 25 April - Beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan gempar apabila menemui sebutir bom yang dipercayai bahan letupan pen...

KOTA KINABALU 25 April - Beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan gempar apabila menemui sebutir bom yang dipercayai bahan letupan peninggalan Perang Dunia Kedua di Tanjung Aru, di sini semalam.

Bom sepanjang satu meter itu dikatakan dalam keadaan usang dan tertimbus di dalam tanah sebelum ditemui ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan kira-kira pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan berkata, sepasukan anggota dari Unit Pemusnah Bom telah dikerah ke lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan pada pukul 10.30 pagi ini, unit tersebut telah bertindak meletupkan bom berkenaan.

"Berdasarkan maklumat awal, bom terbabit dipercayai bahan letupan pening­galan Perang Dunia Kedua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar Jauteh, kerja-kerja meletupkan bom itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas berikutan beberapa laluan terpaksa ditutup sementara bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai terjamin.

Sementara itu, Utusan Malaysia yang membuat tinjauan di lokasi kejadian tidak dibenarkan mendekati dan masuk ke dalam tapak pembinaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20140426/wb_02/Pekerja-gempar-jumpa-bom#ixzz2zw9V1ioP

Loading...

Related

Malaysia 2247571112657933052

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item